Beberapa hari yang lalu, saya ada baca surat khabar dan ternampak satu isu yang amat besar, iaitu pembunuhan Ustaz Fadi. Beliau merupakan seorang pensyarah yang berasal dari negara Palestin.
Selepas beberapa hari, terpampang di muka hadapan surat khabar yang menyatakan “Orang pertama yang ditahan di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar” atas membuat fitnah terhadap PDRM dan ambulans.
Hari ini saya taknak borak tentang siapa-siapa pun, tapi nak berhujah tentang akta terbaru ini. Ia diperkenankan oleh Agong dan dikuatkuasakan pada 9 April lalu.
Akta Anti Berita Tidak Benar 2018
- Apa itu Akta Anti Berita Tidak Benar 2018?
- Hukuman pesalah yang melanggar Akta Anti Berita Tidak Benar 2018?
- Kesan Akta Anti Berita Tidak Benar 2018?
Apa itu Akta Anti Berita Tidak Benar 2018?
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 adalah satu undang-undang yang merupakan langkah pencegahan bagi memberi amaran bahawa setiap orang mesti bertanggungjawab atas perkongsian maklumat yang disebarkan.
Akta ini merupakan yang pertama di dunia di mana mahkamah mempunyai kuasa untuk menentukan sesuatu berita itu sahih atau palsu.
Akta ini juga memberi peluang kepada setiap individu untuk mendapatkan perlindungan melalui mahkamah untuk menurunkan sesuatu berita tidak benar yang memberi kesan buruk kepada mana-mana pihak. Akta Ini memastikan hak rakyat yang menjadi mangsa mendapat keadilan sewajarnya.
Secara keseluruhan, akta ini bertujuan melindungi orang awam daripada penyebaran berita palsu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak terancam.
Hukuman pesalah yang melanggar Akta Anti Berita Tidak Benar 2018?
Denda yang tidak melebihi RM500 000 dan penjara maksimum 10 tahun.
Kesan Akta Anti Berita Tidak Benar 2018?
Manfaat:
- Bawang semakin pupus
- Fitnah dapat dikurangkan
- Mematangkan pemikiran bangsa Malaysia ke arah pemikiran kelas pertama
Kesan buruk:
- Hak bersuara mungkin terjejas ekoran akta yang agak menyeramkan.
Kesimpulannya, janganlah membawang di luar sana. Kalau nak tahu berita itu sahih atau tidak, boleh pergi ke Sebenarnya.my Kita tahu sifat perempuan dari kecil sampai ke besar macam tu, kita sebagai kaum lelaki kan melengkapi antara satu sama lain, kita nasihatkan la kerana ia akan membawa padah.