Pengumuman oleh CEO AirAsia, Tony Fernandes telah memansuhkan yuran pemprosesan ketika membayar tiket bermula 1 Oktober 2019 sebagai usaha untuk menjadikan pengangkutan udara lebih mampu milik.
Buat masa ini, pemansuhan ini hanya tertakluk bagi perjalanan ke dan dari Malaysia sahaja. Untuk negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina, yuran pemprosesan akan dimansuhkan menjelang 31 Disember 2019.
Yuran pemprosesan dikenakan untuk menanggung kos pentadbiran, penyelenggaraan dan kos pembangunan sistem atas talian AirAsia bagi menyediakan sistem yang selamat dan terjamin. Kos ini akan ditanggung oleh AirAsia bermula tarikh yang ditetapkan.
Tambahan beliau, ia merupakan salah satu usaha untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2020 suapaya orang ramai melawati negara Malaysia.
Buat masa ini, yuran ini dikenakan apabila pelanggan ingin membayar kad kredit atau debit dan yuran pemprosesan ini boleh mencecah setinggi RM24 buat seorang. Bagi mengelak yuran ini, pelanggan diperlukan untuk membayar melalui BigPay.