Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan 5G semakin popular di Malaysia. Hal ini kerana pihak kerajaan telah membawa dan mengetuai kemasukan dan pelancaran 5G di Malaysia melalui Digital Nasional Berhad. Kini, pihak telekomunikasi seperti YES dan Unifi Mobile ingin menjadi syarikat terawal menawarkan 5G kepada pelanggan mereka. Manakala Celcom, Digi dan Maxis masih belum menteraikan perjanjian dengan pihak DNB.
Namun, itu bukan masalah kita. Masalah kita adalah kos memilih telefon yang menyokong 5G. Umumnya, telefon 5G adalah sangat mahal dan jarang masuk ke Malaysia. Selepas ini, lebih banyak model yang menyokong 5G di pasaran Malaysia. Jika anda sedang membaca artikel ini, ini bermakna anda sedang mencari peranti 5G yang murah, terbaik dan bawah RM1000 untuk tahun 2021. Buat masa ini, terdapat 7 model yang telah dilancarkan di Malaysia dan boleh didapati pada harga sekitar RM500-RM1000.
-
Xiaomi Poco M3 Pro 5G (RM588)
-
Xiaomi Poco M4 Pro 5G (RM799)
-
Realme 8 5G (RM799)
-
Xiaomi Redmi Note 10 5G (RM799)
-
Oppo A74 5G (RM899)
-
Samsung Galaxy A22 5G (RM899)
-
Samsung Galaxy A32 5G (RM903)
Tangkap layar diambil daripada laman GSMArena. Kredit kepada mereka kerana penulis nak jimat masa daripada menaip spesifikasi setiap telefon. Kahkah. Sebagai warga Malaysia, penulis berharap penyediaan 5G di Malaysia adalah di tahap yang cemerlang terutama di kawasan-kawasan bandar.
Mengarut sangat kalau 4G di Kuala Lumpur pun ping melalut jauh sangat tambahan pula dengan kelajuan internet tidak mencapai had laju yang dijanjikan. Contohnya, penulis menggunakan YES yang mempunyai had laju pada 7Mbps tetapi hanya menerima kelajuan 1-2Mbps sahaja, mana puas nak tonton video 1080P malam-malam! Semoga 5G di Malaysia sukses untuk menyediakan kemudahan internet yang stabil.