Percaya tak anda bahawa penggunaan smartphone moden dalam kalangan kita baru sahaja mencecah 10 tahun. Namun dalam tempoh yang singkat ini, sememangnya diakui banyak perubahan yang berlaku. Smartphone memainkan peranan yang sangat penting seperti dalam merakam kenangan, hubungan sosial, hiburan dan sebagainya. Namun tanpa kita sedari, adakah kita tahu tentang rahsia kemampuan smartphone kita?
Kini bukan lagi rahsia kerana Bijak Android akan membongkarkannya kepada anda. Samada sudah tahu atau belum, ayuh teruskan membaca!
Anda malas nak type? Asyik typo je. Inilah rahsia yang anda tak tahu! Tanpa perlu melihat paparan skrin phone pun kita sebenarnya boleh tahu kandungan mesej diberikan. Inilah fungsi Text-to-Speech, biarkan smartphone anda yang membacakan mesej untuk anda.
Caranya ialah buka Setting > Accessibility > Kemudian turn on fungsi Text-to-Speech.
Caranya ialah buka Setting > Accessibility > Kemudian turn on fungsi Text-to-Speech.
Asalnya bahasa yang digunakan untuk membaca mesej itu ialah English tapi anda boleh menukarkannya kepada bahasa yang anda suka.
Caranya Settings > Language & Input > Text-to-Speech output > Ubah tetapan disitu.
2. Remote Control
Ya, kini anda tidak lagi akan menghadapi masalah seperti kehilangan remote TV, jauh nak buka suis lampu atau nak panggil orang minta tolong ambilkan gambar menggunakan DLSR anda. Smartphone anda mampu melakukannya semua untuk anda iaitu dengan mengggunakannya sebagai remote kawalan jauh.
Install sahaja aplikasi remote yang ada di dalam Play Store contohnya yang terbaik bagi kami ialah AnyMote dan Android TV Remote.
Terkadang kita mempunyai ramai kawan yang selalu membelek smartphone kita sehingga menyebabkan kita risau hal privasi kita atau gambar-gambar selfie yang huduh-huduh tu dilihat oleh mereka. Kita tak tahu sebenarnya Android telah perkenalkan Guest Mode atau Visitor Mode.
Ianya melindungi privasi kita dan data-data penting daripada dilihat oleh orang tak sepatutnya apabila mereka membelek smartphone kita.
Ianya melindungi privasi kita dan data-data penting daripada dilihat oleh orang tak sepatutnya apabila mereka membelek smartphone kita.
Boleh buka di Settings > Users > Restricted Profile > dan create Guest Profile.
Cara nak aktifkan Guest Mode ini berbeza ikut jenis Android. Bijak Android akan mengulasnya lebih mendalam dalam artikel selanjutnya.
Jangan terkejut pula, memang boleh sebenarnya. Kita malas nak swipe ke kiri dan kanan atau kebawah semasa menggunakan smartphone. Jadi gunakan pergerakan kecil kepala kita.
Cuma perlu install EVA Facial Mouse secara percuma sahaja.
Mesti ramai tak tahu permainan yang tersembunyi di dalam Android anda. Bermula Android 2.3 Gingerbread dan seterusnya, Google sebenarnya telah memasangkan sebuah game mini untuk mengisi masa lapang anda. Namun cara hendak menemuinya agak sukar.
Buka Settings > About Phone > kemudian cepat-cepat tekan Android Version banyak kali sehinggalah keluar marshmallow kecil keluar. Bila dah keluar tu, cepat-cepat tekan marshmallow kecil tu kemudian terus game mini tu akan keluar. Enjoy!