Pernah tak semasa anda menggunakan telefon anda, anda merasakan suhu peranti Android anda menjadi semakin panas. Kadang-kadang sehingga menyebabkan tangan anda sukar mengendalikan peranti anda dengan baik. Apakah punca yang menyebabkan smartphone anda panas?
Dalam artikel ini akan diterangkan punca-punca biasa yang menyebabkan Android anda menjadi panas dan cara menyejukkannya.
Kenapa smartphone anda menjadi panas?
Satu persoalan biasa tanpa jawapan tunggal, Bijak Android ada di sini untuk membantu anda memaksimumkan pengetahuan anda. Sila ambil perhatian bahawa ini tidak termasuk telefon anda menjadi hangat dari semasa ke semasa, yang benar-benar normal; ia adalah peranti elektronik selepas semua, dan peranti elektronik bekerja melalui pergerakan elektrik, yang menghasilkan haba – fizik mudah. Tetapi jika telefon anda kerap menghidupkan haba ke titik di mana ia tidak selesa untuk ditahan, boleh jadi masalah yang lebih serius berlaku yang pada akhirnya dapat mempercepat proses jangka hayat kematian telefon anda.
1. Penggunaan teras processor yang tinggi
Setiap smartphone mempunyai teras processor yang bertindak sebagai jantung kepada peranti anda. Ianya lebih dikenali sebagai CPU secara amnya. Dalam phone kini terdapat single-core atau dual-core. Antara pengeluar kepada processor ini ialah Nvidia, Qualcomm dan pelbagai lagi.
Penggunaan CPU yang tinggi akan menyebabkan kepada faktor yang lain. Contoh kepada penyebab penggunaan CPU yang tinggi ialah gaming dan streaming dalam tempoh jangka masa yang lama.
2. Settings Android anda yang tidak normal
Settings telefon anda juga memberi kesan kepada berapa banyak tenaga yang digunakann. Kecerahan skrin pada kadar tertinggi? Wallpaper? Widget, widget di mana-mana? Pertimbangkan mematikan (atau ke bawah, dalam kes kecerahan skrin) tetapan yang tidak perlu untuk meringankan beban pada CPU telefon anda.
3. Keadaan sekeliling
Jangan terkejut bahawa keadaan sekeliling anda turut menjaadi faktor kepada kepanasan Android anda. Misalnya, jika phone anda terdedah kepada pancaran cahaya matahari pada kadar yang lama. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan suhu Android anda serta merta dan menjejaskan bateri serta phone anda.
4. Bug aplikasi
Sekiranya terdapat aplikasi mempunyai masalah bug atau yang lain, ia mungkin menyebabkan telefon anda terlalu panas dengan cara overusing pemproses peranti anda.
5. Software update
Perkara ini amat jarang sekali berlaku, telefon anda mungkin terlalu panas sama ada selepas update kerana terdapat bug dalam OS yang diperlukan melalui kemas kini.
Bagaimana hendak memastikan Android anda sejuk?
Untuk tindakan pertama sekali, anda perlu menanggalkan casing phone anda. Ini kerana kemungkinan casing phone anda memerangkap haba yang terhasil. Pastikan juga semua aplikasi telah ditutup dan turn on mode Airplane. Ini bagi memastikan semua aplikasi tidak menggunakan sebarang data serta tidak ada penggunaan internet menerusi Android anda.
Jangan sekali-kali letak phone anda dalam peti sejuk atau freezer. Kedengaran mungkin logik kalau panas kita neutralkannya dengan letak di tempat sejuk. Tapi Android anda dicipta untuk berfungsi pada suhu 0-35 Celcius sahaja. Kalau letak dalam bawah paras 0 Celcius, Android anda berhadapan untuk kegagalan fungsi.
Berikut tambahan lagi cara-cara menyejukkan Android anda
-
Install aplikasi yang membuang file junk
Satu lagi cara yang berguna untuk meminimumkan longkang pada bateri dan kuasa pemproses telefon anda. Aplikasi cleaning, seperti CCleaner, memudahkan untuk membersihkan fail sampah, mengenal pasti aplikasi yang memperlahankan prestasi telefon anda, dan keluarkan aplikasi pra-instal yang tidak berguna untuk membantu meningkatkan prestasi telefon anda dan memanjangkan hayat baterinya.
Intihanya
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Pastikan Android anda sentiasa update dari semasa ke semasa untuk mengelakkan masalah bug pada aplikasi ataupun OS anda. Seterusnya, anda disarankan install anti virus dalam phone anda untuk mengelakkan serangan malware yang boleh menjejaskan prestasi phone anda.
Jagalah Android anda sebaiknya seperti mana anda menjaga diri anda.
Semoga berjaya!