Jika anda telah menerima telefon pintar baru dan sebelum anda boleh sekelip, anda telah install dengan semua aplikasi dan game kegemaran anda, tetapi adakah anda pasti anda telah mengkonfigurasi telefon anda dengan betul?
Mari kita perhatikan lebih terperinci. Perkara-perkara dalam artikel ini tidak perlu untuk setiap orang ikut satu per satu. Setiap orang boleh memilih untuk mematikan ciri-ciri ini atau tidak, bergantung kepada tabiat dan pilihan anda.
Itu juga keindahan sistem Android: anda boleh membuat pilihan sendiri tanpa paksaan. Tapi jika anda mempunyai telefon, mesti anda ingin yang terbaik kan? Mari kita lihat 5 fugsi telefon yang kita perlu matikan.
1. Kecerahan automatik dan ciri-ciri lain yang menjejaskan hayat bateri.
Pengilang dan setiap telefon menawarkan sistem kecerahan automatik. Telefon pintar mengesan tahap cahaya melalui sensor di sebelah kamera hadapan dan menyesuaikan paparannya supaya ia selesa untuk dibaca oleh kita.
Ini adalah idea yang bagus, tetapi fungsi itu juga mengecewakan kerana pencahayaan skrin biasanya lebih tinggi daripada yang anda perlukan. Kecerahan bermaksud tenaga, dan semakin tinggi kecerahan skrin, semakin meningkat penggunaan tenaga, yang bermakna bateri anda akhirnya kering seperti poket admin.
Kesimpulannya, matikan kecerahan automatik dan ubah sendiri. Anda dapat menjimatkan penggunaan bateri.
Bila nak guna fungsi ni? Fungsi ini amat berguna jika kita berada di luar rumah, di mana pencahayaan berbeza-beza dan sensor akan mengawal kecerahan skrin anda.
2. Aplikasi yang tidak berguna dan menyemak.
Telefon pintar anda mungkin mengandungi sekurang-kurangnya satu aplikasi yang tidak menarik minat anda, malah menyampah pun ada hahaha.
Sama ada aplikasi dari Google, aplikasi yang telah dipasang oleh pengendali anda, aplikasi dari pengilang, atau aplikasi yang ditaja.
Contohnya Google Play Music, Samsung Store, Evernote. Pokoknya, bilangan aplikasi ini berbeda-beda mengikut pengeluar.
Tetapi yang pasti adalah bahawa aplikasi ini bukan hanya memakan ruang, tetapi juga boleh hidup di background. Maka, RAM dan bateri anda digunakan oleh aplikasi yang kita takkan buka sampai hujung nyawa.
Jadi apa yang perlu dilakukan? Anda hanya boleh disable mereka: walaupun mereka akan mengambil sedikit ruang dalam sistem, tetapi mereka juga tidak akan lagi mengganggu anda.
Untuk melakukan ini, pergi ke Setting, pergi ke senarai aplikasi dan pilih aplikasi yang kita taknak. Jika ada button “Uninstall update”, anda boleh berbuat demikian dan tekan button “Disable”.
Jika telefon anda telah root, anda boleh uninstall mana-mana aplikasi seperti aplikasi yang lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi System App Remover (Root). Jika anda belum root, boleh baca artikel sebelum ni Cara Root Telefon Dengan Mudah.
3. Animation and Transitions
Sekiranya telefon pintar anda tidak begitu memberangsangkan, anda perlu melakukan semua perkara yang anda boleh lakukan untuk berjalan dengan lancar.
Terdapat satu helah kecil yang boleh membantu anda setiap hari iaitu disable animation and transition. Sebagai bukti, kesan yang anda lihat apabila anda beralih dari satu skrin atau aplikasi ke yang lain: mereka nampak cantik dan smooth, tetapi tidak perlu jika nak performance.
Jika anda mematikan mereka, proses menjadi lebih cepat. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah enable “Developer Option”. Ia boleh diaktifkan dengan pergi ke setting > about phone > dan tekan ‘build number’ sebanyak 7 kali. Lalu ia akan muncul di Setting.
Sebaik sahaja anda melakukan ini, anda akan mendapati menu Developer Option dan ‘Screen Animation Window’ dan ‘animation transition scale’. Sebaik sahaja anda telah melakukan ini, anda hanya perlu mengurangkannya (sebagai contoh kepada 0.5) atau menyahaktifkannya.
4. Sound and Vibrate
Getaran dan bunyi ini bertujuan untuk meniru tindak balas butang fizikal, tetapi mereka akan memberi kesan kepada peranti anda.
Singkatnya, anda harus bertanya kepada diri sendiri jika fungsi ini benar-benar berguna kepada anda. Jika tidak, anda harus menyahaktifkan (fuh gitu) fungsi ini.
Untuk disable bunyi dan getaran ini: Pergi ke Setting > Sound and Notification. Apabila anda berada dalam menu ini, anda boleh mematikan segala-galanya: Bunyi pad dail, Bunyi mengunci skrin, Bunyi pengecasan, Bunyi sentuh, Bergetar pada sentuhan, dan lain-lain.
5. Google Ads
Sudah tentu, Google menggunakan data peribadi anda untuk mengenali anda dengan lebih baik, yang membolehkannya menyasarkan anda dengan iklan yang mungkin anda minat.
Dengan menerima Google pada telefon anda, anda menerima peraturan permainan daripada mereka: ia akan dapat maklumat tentang anda melalui pelbagai perkhidmatan dan aplikasinya.
Sekiranya anda memutuskan untuk mematikan pilihan ini, Google tidak akan dapat menawarkan kepada anda iklan yang disasarkan (tetapi mereka akan terus menghantar iklan kepada anda).
Untuk melakukan ini, pergi ke Pengaturan dan cari dalam menu Google. Anda kemudian akan menemui ‘Iklan’, dan di sana anda akan dapat menetapkan aplikasi mana yang boleh menggunakan ID iklan anda untuk membuat profil dan menjalankan iklan yang sesuai.
Sudah tentu, jika anda mahu melihat iklan yang ditargetkan, lebih baik untuk meninggalkan pilihan ini diaktifkan, tetapi anda tidak akan menghalang Google mendapat maklumat tentang anda.
Adakah tips berikut berguna kepada anda? Silalah komen jika ada sebarang kemusykilan.