Kamera sudah pastinya penting bagi sebuah telefon pintar – untuk mengambil gambar demi menyimpan memori dan sebagainya. Selain daripada spesifikasi dalaman, kebolehan kamera sesebuah telefon pintar juga menjadi faktor pilihan pelanggan. Kamera yang terbaik pada telefon pintar juga menjadi nadi penting kepada sesiapa yang mempunyai minat fotografi yang mendalam.
Walaupun iPhone dan Pixel dikatakan mempunyai software aplikasi kamera yang hebat, namun mereka masih belum boleh menandingi peranti dari Huawei dan Samsung
Sebelum itu, apakah itu DxOMark? DxOmark adalah sebuah organisasi yang menguji dan reviu kamera sesebuah peranti, mengambil lebih 1500 gambar dan video di persekitaran dalaman dan luar dengan tetapan asal kamera itu sendiri. Mungkin anda akan terfikir, adakah iPhone berada di senarai ini? Tidak, iPhone XS Max hanya menduduki tangga ke-11 di carta DxOMark. Oleh itu, jom kita lihat carta 3 kamera terbaik smartphone berdasarkan keputusan dan analisis oleh DxOMark.
3. Huawei P30 Pro
Huawei P30 Pro adalah telefon pintar terbaru dari Huawei yang dilancarkan pada awal tahun ini. Menggunakan gabungan tri-kamera dan sebuah sensor, ia menyediakan hasil imej yang lebih baik berbanding keluaran sebelumnya, P20 Pro dan Mate 20 Pro.
Kamera utama P30 Pro adalah 1/1.7 40MP quad sensor yang menghasilkan imej 10MP. Lensa senterusnya adalah 27mm bersama f/1.6 aperture yang pertama digunakan pada telefon pintar. Ketiga pula adalah kamera super-wide-angle 20MP yang boleh mencapai 5x zum optikal.
Untuk melihat gambar dari Huawei P30 Pro dengan kualiti penuh, anda boleh lihat melalui DxOMark.
2. Samsung Galaxy Note 10+ 5G
Peranti ini adalah telefon pintar mercu terbaru dan paling berkuasa dari syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan. Selain dilengkapi dengan spesifikasi dalaman yang amat ‘gila dan tinggi’, ia hadir dengan gabungan tri-kamera dan sebuah sensor di bahagian belakang:
- 12 MP, f/1.5-2.4, 27mm (wide)
- 12 MP, f/2.1, 52mm (telefoto)
- 16 MP, f/2.2, 12mm (ultrawide)
Samsung yang telah menaik taraf algoritma aplikasi kamera mereka, menunjukkan peranti terbaru ini mengambil tugas yang cemerlang dalam menangkap gambar dalam pelbagai situasi. Dalam ujian Wide dan Night, Galaxy Note 10+ 5G ini sudah pastinya dapat menghasilkan imej berkualiti tinggi.
Untuk melihat gambar dari Samsung Galaxy Note 10+ 5G dengan kualiti penuh, anda boleh lihat melalui DxOMark.
1. Huawei Mate 30 Pro
Merupakan telefon pintar mercu terbaru dari Huawei dengan cip pemprosesan terbaru iaitu Kirin 990. Telefon pintar ini menggunakan tri-kamera dan sebuah sensor untuk meningkatkan pengesanan-kedalaman 3D pada mod bokeh.
Seperti P30 Pro, ia menggunakan kamera 40MP sebagai kamera utama. Namun, ia tidak menggunakan telefoto 5X seperti P30 Pro, ia hanya hadir dengan telefoto 3X yang terdapat pada P30. Walaubagaimanapun, ia menggunakan sensor kamera ultra-wide yang terbaru pada 18mm, yang paling luas setakat ini serta mempunyai sensor yang sangat besar – 1/1.54″.
Pada software dalaman pula, perkenalan cipset terbaru ini meningkatkan algoritma AI yang berupaya mengoptimasikan penghasilan imej dari segi tekstur, warna RGB, resolusi tertinggi dan sebagainya. Ini bermaksud, sistem perisian terbaru dari Huawei dapat dijana oleh spesifikasi yang tinggi untuk hasil yang terbaik.
Untuk melihat gambar dari Huawei Mate P30 Pro dengan kualiti penuh, anda boleh lihat melalui DxOMark.
Kesimpulan
Buat masa ini, Huawei Mate 30 Pro adalah yang terbaik antara terbaik dalam kategori telefon pintar. Dengan pengenalan iPhone 11 pada beberapa minggu lepas, kita pasti teruja bagaimana pretasi peranti mercu itu berfungsi dalam penghasilan gambar berkualiti tinggi dan kita perlu tunggu ujian kamera dari DxOMark dalam masa terdekat.