Apa Itu ?

Cara Pasang Android Emulator di PC/Laptop 2021 | Apa itu BlueStacks & Alternatif

Cara Main Game Android di Windows 7/8/10 dengan Percuma

Android merupakan sistem operasi telefon pintar yang popular di dunia. Banyak aplikasi dan game yang hanya dibina dengan mantap untuk OS telefon pintar sahaja seperti Android dan iOS.

Jadi, ramai yang ingin bergaming dengan lebih selesa iaitu dengan memasang Android Emulator pada PC Windows. Apa itu Android Emulator? Senang cerita, ia adalah perisian sistem Android di Windows.

Ramai pemain di luar sana telah mencuba Android Gaming di komputer atau laptop masing-masing seperti PUBGM, Free Fire, Among Us, Genshin Impact dan lain-lain.

Kepuasan bermain game di skrin yang lebih besar dan pretasi peranti yang lebih mantap telah menjadi pilihan untuk bermain game di emulator.

Banyak Android Emulator yang terkenal, percuma dan gratis. BlueStacks 5 merupakan Android Emulator paling popular dan berikut adalah 5 emulator yang terbaik:

Baca juga :  Kenali Istilah 'IPX' Kalis Air Pada Gajet Anda

Tetapi artikel kali ini, kita belajar cara memasang BlueStacks 5 Android Emulator di PC/Laptop anda. Kenapa nak pilih BlueStacks 5? Jom kita tonton video ini:

BlueStacks 5 merupakan Android emulator paling optimum pada masa kini dengan versi yang lebih stabil, ringan dan menjanjikan pretasi yang mantap.

Cara Memasang BlueStacks 5 dengan Mudah

Permintaan Sistem Minima:

  • Windows 7 dan keatas
  • CPU Pemprosesan Intel atau AMD
  • RAM sekurang-kurangnya 2GB
  • Storan 5GB
  1. Download BlueStacks 5 (Beta) Setup.exe dari laman BlueStacks
  2. Buka Setup dan tunggu untuk siap download (399MB)

2 langkah sahaja. Selepas download setup tersebut, perisian ini akan memasang BlueStacks 5 secara automatik. Jadi anda hanya perlu menunggu sahaja siap. Boleh tonton video ini:

Baca juga :  Scan & Shop - Aplikasi BIJAK dari Tesco Untuk Memudahkan Pelanggan Membeli Belah

Namun, dalam artikel ini hanya menunjukkan langkah-langkah untuk pemasangan versi Beta. Versi beta adalah versi yang masih dalam pembangunan dan masih belum mantap sepenuhnya. Namun, mereka akan melepaskan versi rasmi dalam beberapa minggu akan datang.

Konklusinya, pemasangan Android Emulator di PC sebenarnya mudah dan pantas. Ia adalah percuma dan gratis untuk bermain game Android di laptop. Semoga artikel ini bermanfaat untuk hari-hari anda.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker