Apa Itu ?

Beli Dulu, Bayar Kemudian – Shopee SPayLater

Shopee perkenalkan ciri terbaru untuk platform mereka

Shopee Malaysia telah memperkenalkan ciri terbaru iaitu SPayLater. Melalui pembayaran ini, pembeli boleh membuat pembayaran secara ansuran terus melalui Shopee.

SPayLater juga membolehkan anda untuk membeli dahulu tanpa sebarang pembayaran dikenakan, lalu bayar kemudian, ataupun setelah mendapat gaji.

Untuk layak menggunakan ciri ini, hanya 2 syarat sahaja diperlukan iaitu Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan keatas serta mempunyai kad MyKad yang sah.

Melalui pembayaran ini, terdapat dua pilihan iaitu BuyNowPayLater(BNPL) dan juga ansuran sehingga 6 bulan. Untuk BNPL, 0% cas dikenakan manakala 1.25%/bulan dikenakan untuk ansuran bulanan. Jika lewat, cas tambahan 1.5% akan dikenakan setiap bulan.

Untuk maklumat penuh, anda boleh lihat gambar di bawah:

  • Apa itu SPayLater
  • Siapa boleh guna SPayLater
  • Cara Pengaktifan SPayLater
  • Cara Bayar Menggunakan SPayLater
  • Cara Bayar Bil SPayLater
  • Jadual / Bila Perlu bayar SPayLater bil
  • Jadual cas bayaran
Baca juga :  Pembinaan Menara Komunikasi - NFCP 1 Akan Dimulakan dan NFCP 2 Diperkenalkan

Untuk maklumat penuh / pertanyaan, boleh lihat laman Shopee.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker