Berita Teknologi

AirPods Max – Headphone Semahal RM2399, Berbaloi Sangat Ke? “TAK?!!”

Apple telah melancarkan AirPods Max sebulan selepas pelancaran iPhone 12.

Apple telah membeli Beats pada pertengahan tahun 2020. Sejak itu, Apple dilaporkan akan menghasilkan headphone dengan teknologi dan kepakaran Beats by Dr. Dre dan sejak waktu itu, perkhabaran pelancaran AirPods Studio hangat diperkatakan.

Kini, Apple telah melancarkan AirPods Max secara rasmi setelah beberapa bulan membeli Beats. Pada awalnya, ramai yang beranggapan Airpods headphone ini mempunyai reka bentuk seperti keluaran Beats. Tetapi, mereka telah mereka baharu reka bentuk yang lebih unik, klasik dan sesuai dengan produk Apple – iaitu dengan reka bentuk aluminium.

Tetapi, adakah ia betul-betul berbaloi jika dibandingkan headphone di luar sana dalam kategori Studio? Ya, berbaloi, dan juga tidak berbaloi. Kenapa? Ada pelbagai faktor dan jom kita kupaskan.

Reka bentuk AirPods Max

 

 

    Kita lihat sedikit reka bentuk Max ini. Dalam erti ringkas, memang ia penuh dengan ciri premium dan klasik Apple. Produk ini dibina dengan material aluminium dan headband mungkin diperbuat daripada silikon. Sudah pasti, headphone high-end dengan harga gila-gila pasti tidak dibina dengan plastik.

    Baca juga :  Kecanggihan Teknologi Telefon Baharu yang Bakal Mengejutkan Dunia

    Manakala pula dengan kusyen earpad Max ini diperbuat daripada sejenis fabrik, bagus untuk penyingkiran haba dari telinga dan tahan lebih lama berbanding jenis leather. Apple juga menghasilkan Max dengan ciri mesra alam-sekitar:

    • bebas bahan Brominated flame retardant
    • bebas PVC
    • bebas Beryllium

    Untuk lebih mesra alam sekitar, headphone ini juga tidak dilengkapi dengan bluetooth dan pengecasan. Eh bukan, mestilah ada – mana tak boleh tak ada! Kalau nak lihat full-specs Max ini boleh pergi ke sini.

    Headphone ini adalah unik kerana terdapat crown button untuk mengawal headphone ini.

    Penggunaan dalam Studio Musik

    Adakah AirPods Max benar-benar berkualiti tinggi untuk penghasilan lagu ataupun mendengar lagu Hi-Fi? Sudah pasti tidak, AirPods Max sangat tidak sesuai untuk penggunaan studio. Walaupun dilengkapi dengan teknologi tinggi pada driver musik untuk penghasilan bass, vokal dan trebel yang cemerlang, tetapi ia masih tidak mampu melawan produk studio di pasaran.

    Baca juga :  Battle Royale di Dunia Sebenar ?!!

    Max tidak dilengkapi dengan audio jack. Apple juga baharu dalam dunia audio headphone. Maka, ia tidak mampu melawan jenama studio seperti Sony, Bose, Senheiser dan lain-lain. Ini kerana juga, penggunaan wired headphone penting dalam transmisi bit-rate yang tinggi. Jadi, mana-mana bluetooth headphone tidak mampu melawan kualiti wired studio headphone. Jadi, tidak berbaloi untuk kegunaan studio.

    Penggunaan untuk kegunaan harian

    Di sini, ada dua jawapan sama ada ia berbaloi atau tidak. Tetapi, mengapa tidak berbaloi?

    Max tidak berbaloi kerana harganya adalah overkill. Untuk kualiti musik yang sama, anda boleh dapatkan produk lain pada harga yang lebih murah – mungkin dalam RM1000-1500 lebih murah. Itu adalah jawapan ringkas.

    Tetapi ia sangat berbaloi untuk orang kaya di luar sana – yang ingin menyempurnakan ekosistem Apple seperti iOS dan Mac OS.

    AirPods Max dilengkapi tengah teknologi canggih dan boleh dipanggil sebagai smart-headphone. Antaranya adalah:

    • Apple-designed dynamic driver
    • Active Noise Cancellation
    • Transparency mode
    • Adaptive EQ
    • Spatial audio with dynamic head tracking
    Baca juga :  Anugerah OpenSignal - Maxis dan Celcom Takluki Malaysia Mengalahkan Digi, U Mobile dan Unifi

    Macam-macam teknologi ada pada headphone ini dengan adanya cip H1, jumlah 9 mikrofon, USB-C, bateri tahan lama dan lain-lain.

    Smart-headphone ini juga dilengkapi dengan kepintaran Siri, maka boleh berhubung dengan peranti iOS anda.

    Konkulsi

    Jadi, AirPods Max ini berbaloi untuk melengkapi ekosistem produk Apple. Jika anda mempunyai Macbook dan iPhone, penggunaan AirPods Max sangat membantu berbanding AirPods Pro iaitu earbuds TWS yang kurang daripada segi teknologi dan ketahanan bateri.

    Dan jawapan pendek, amat tidak berbaloi. Dengan tanda harga RM2399, anda boleh membeli sebuah headphone bertaraf studio dan juga AirPods Pro. Lagi sesuai untuk penggunaan indoor dan juga outdoor.

    Tetapi, wang anda adalah milik anda. Dan dari pendapat penulis, reka bentuk dan teknologi pada headphone ini memang menawan. Jika anda melihat promosi AirPods Max dijual pada harga sekitar RM1500-1900, memang berbaloi sangat untuk beli terus!

     

    Back to top button

    Adblock Detected

    Please consider supporting us by disabling your ad blocker