Berita Teknologi

Tergempar! Data Pengguna Muslim Pro Dijual kepada Tentera AS

Tentera Amerika Syarikat dilaporkan telah membeli data pengguna aplikasi Muslim Pro dan Muslim Mingle

Pihak Tentera Amerika Syarikat telah menimbulkan kekecohan global di mana telah membeli data pengguna Muslim Pro dan Muslim Mingle, serta dipercayai juga membeli data dari aplikasi Quran dan lain-lain. Jumlah pengguna tidak dapat dipastikan tetapi lebih dari 150 juta kali dimuat turun.

Menurut laporan oleh Motherboard, data-data pengguna telah dijual oleh pembangun aplikasi kepada pihak ketiga (broker/pengumpul data), dan lalu ia dijual kepada pihak Tentera AS. Data yang terlibat adalah melibatkan lokasi pengguna aplikasi.

Muslim Pro adalah aplikasi terkenal di seluruh negara Islam kerana aplikasinya cekap dan stabil. Kini, ramai telah membuang aplikasi ini dan mencuba alternatif lain.

Kenapa pihak Tentera AS membeli data pengguna? Perkara ini berkait-rapat dengan Islamophobia ataupun pemikiran ‘Muslim adalah pengganas’. Tentera AS membeli data pengguna ini mungkin untuk tujuan anti-pengganas. Perkara ini amat terkutuk kerana menganggap penganut Islam adalah suatu ancaman.

Baca juga :  Kredit eWallet RM50 Mula Ditawarkan Pada Penghujung Julai Ini
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker