Lain-Lain

7 Gadget Terbaik dengan Harga DISKAUN GILA Sempena 11.11 ! Serendah RM18.90-RM99

Ayuh abang-abang jago semuanya, jangan lupa untuk dapatkan produk terbaik ini!

Kini sudah tiba masanya untuk acara promosi online marketplace iaitu 11.11 oleh Lazada dan Shopee. Dalam promosi ini, banyak gadget akan diturunkan harga apabila menjelang jam 12 malam ini. Bijak Tech telah mengumpulkan 7 gadget terbaik yang mampu milik dan kesemua gadget ini akan lebih murah pada 11 November. Jom kita lihat:

  • realme Buds Air Neo

Pergh, ini yang paling mantul! Untuk 20 unit pertama, pembeli hanya perlu membayar RM99 sahaja kerana telah disubsidi oleh Lazada. Diskaun hampir sebanyak 50% untuk realme Buds Air Neo ini, harga asal sebenar adalah RM199. Bagi yang terlepas, anda boleh membeli untuk harga RM149 sahaja.

    Open in Lazada

    • UGREEN 10000mAh Power Bank

    Bank kuasa adalah penting untuk meneruskan kehidupan dan mini-powerbank adalah lebih bermanfaat! Muat di dalam poket tetapi masih mempunyai kapasiti besar bapak. UGREEN telah membuat promosi yang terbaik untuk bank kuasa original ini, iaitu hanya RM18.90 sahaja berbanding harga asal iaitu RM39.90

      Open in Lazada

      • HONOR BAND 5i

      Honor pun tak terlepas, mereka juga mengambil bahagian untuk 11.11 ini. Antara gadget yang mampu milik adalah Band 5i iaitu berharga RM77 sahaja selepas diskaun. Dengan jam pintar ini, anda boleh lihat denyutan nadi dan pantau kesihatan diri, sangat berbaloi untuk dipakai lebih-lebih lagi untuk aktiviti sukan.

        Open in Lazada

        • Xiaomi Mi Band 5

        Lebih kurang Honor juga, Xiaomi mengadakan promosi untuk Mi Band 5. Jam tangan waterproof ini mempunyai pelbagai fungsi yang canggih walaupun ia hanya dijual pada RM89 sahaja. Jam ini juga menggunakan skrin AMOLED di mana ia sangat cantik pada padangan manusia.

          Open in Lazada

          • Edifier X3 – True Wireless Stereo Earphone

          Edifier merupakan sebuah pengeluar sistem audio yang berkualiti. Mereka juga mengambil bahagian dan menawarkan harga diskaun gila amat untuk produk terlaris mereka iaitu X3 TWS yang hanya berharga RM69. Untuk produk TWS dengan jenama yang terjamin, ia sangat berbaloi.

            Open in Lazada

            • HOCO CA65 Magnetic Car Holder

            Sudah zaman 2020 pun masih ada yang letak telefon merata di dalam kereta? Ish, kan bahaya tu. Telefon mahal korang itu boleh terjatuh jika letak di bahagian dashboard kereta. Maka, penggunaan phone car holder amat penting di sini, dan juga boleh memudahkan kita melihat aplikasi navigasi. Untuk kualiti setanding Jeruk Madu Pak Ali, produk dari Hoco ini sememangnya berbaloi dengan tanda harga RM49.

              Open in Shopee

              • realme Band

              Kembali ke jam tangan pintar semula, realme pun nak sertai Honor dan Xiaomi. Namun, ia lebih murah berbanding yang lain. realme Band dijual pada harga RM69 di platform Shopee. Apa yang seronoknya, band ini menyokong Android dan aplikasi untuk iOS akan tiba tidak lama lagi. Pergh, paling berbaloi kalau beli realme Band kerana harga asalnya adalah RM129, penjimatan sebanyak 47%… kasi angkut satu kali!

                Open in Shopee

                Itu sahaja, cukuplah 7 gadget ini. Takut kalau senaraikan yang lain nanti korang sapu kasi semua licin, bahaya juga tu. Semoga yang betul-betul berminat dapat grab harga promosi sempena jualan 11.11.

                Back to top button

                Adblock Detected

                Please consider supporting us by disabling your ad blocker