Berita Teknologi

Barang Jadi! SEMUA Pelanggan Celcom Boleh Menebus ‘Unlimited Data’ Percuma Pada 11 Oktober

Kempen Feel Good Sunday untuk setiap pelanggan Celcom pada hari esok

Celcom akan mengadakan kempen Feel Good Sunday di mana mereka menawarkan internet tanpa had kepada pelanggan Celcom pada Ahad ini, iaitu hari esok, yang bertarikh 11 Oktober 2020. Kempen ini diadakan sebagai tanda mohon maaf oleh Celcom kerana berlakunya masalah teknikal yang menjejaskan liputan rangkaian mereka seluruh negara.

Internet percuma ini ditawarkan untuk kesemua pelanggan Celcom yang aktif iaitu pengguna prabayar (Xpax), pascabayar dan juga Enterprise.

Kempen ini hanya berlangsung selama 6 jam sahaja iaitu dari pukul 12PM sehingga 6PM pada 11 Oktober 2020. Maka, penggunaan internet sebelum atau selepas tempoh tersebut akan menggunakan internet pelan asal anda.

Selain itu, tethering/hotspot juga dibenarkan dalam kempen ini untuk penggunaan internet tanpa had secara percuma. Ini bermaksud, anda boleh buka laptop dan lenjan kuota ini sampai licin!

Sila semak status anda untuk ‘Feel Good Sunday: Free Unlimited Internet’ melalui Celcom Life App.

Baca juga :  Jenama Motorola kian lesap, namun kuasa besar di Amerika Latin
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker