Berita Teknologi

Realme C12 Hanya RM500? Triple-Camera, 6000mAh, Helio G35 & Android 10

Telah dilancarkan di Indonesia, bakal memasuki pasaran Malaysia

Realme telah melancarkan Realme C12 di Indonesia pada hari ini setelah Realme C11 dan Realme C15 berjaya dilancarkan pada sebelum ini. Peranti ini hadir dengan spesifikasi yang menggagumkan pada harga mampu milik.

Realme C12 menggunakan skrind HD+ bersaiz 6.5”, diperkuasai oleh cip pemprosesan Mediatek Helio G35, mempunyai storan 3GB Ram dan storan dalaman bersaiz 32GB. Selain itu, ia dibekalkan dengan bateri sebesar 6000mAh dan Nightscape Triple Camera. Namun, bagi telefon pemula dengan harga bajet, Realme C12 datang dengan teknologi Fingerprint, Reverse Charging dan Android 10! Macam biasa, ia turut mempunyai bicu audio 3.5mm disamping kalis percikkan air.

Triple camera pada telefon ini adalah 13MP+2MP+2MP yang menyokong pelbagai fungsi kamera dan juga 5MP pada kamera hadapan. Jom kita tonton video promosi oleh Realme:

Baca juga :  Telefon 'High-End Gaming' Termurah - Realme X2 Pro, Bakal Mendarat di Malaysia


Di Indonesia, peranti ini dijual pada harga 1’899’00 rupiah bersamaan dengan RM533.84. Apabila memasuki pasaran Malaysia, telefon ini dijangka mempunyai tanda harga antara RM500-RM600 dan bakal diumumkan kemudian. Untuk video unboxing, boleh tonton video ini pula:

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker