Berita Teknologi

Kredit eWallet RM50 Mula Ditawarkan Pada Penghujung Julai Ini

Anda sudah daftar dan memohon kredit ini melalui aplikasi MySejahtera?

Pada bulan lalu pihak kerajaan telah mengumumkan untuk memberi kredit eWallet bernilai RM50 melalui aplikasi MySejahtera. Inisiatif ini layak untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta memperoleh pendapatan tahunan kurang dari RM100’000. Namun, pengumuman tersebut tidak disertakan dengan tarikh penawaran, ini menyebabkan ramai pihak tertanya-tanya dan ternanti-nantikan.

Kini, pihak kerajaan telah mejadualkan pemberian kredit ini pada penghujung Julai ini dan ia telah disahkan oleh Menteri Kewangan Malaysia. Namun, masih tiada lagi tarikh yang tepat dikeluarkan.

Inisiatif ini meruapakan salah satu usaha pihak kerajaan untuk membaik pulih ekonomi negara yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Selain itu, ia merupakan salah satu langkah yang bijak untuk mendorong penggunaan eWallet untuk mendigitalkan sesuatu perkara. Malah, Perdana Menteri juga menyuruh rakyat agar ‘membeli’ barangan untuk membantu pihak penjual dan staf.

Baca juga :  Telefon Gaming Dari Lenovo: Bukan Kaleng-Kaleng Bosku

Bagi yang layak dan masih belum mendaftar atau memohon, boleh memuat turun aplikasi MySejahtera melalui button berikut:

Android: Google Play Store iOS: App Store

 

 

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker