Berita Teknologi

Telefon Gaming Dari Lenovo: Bukan Kaleng-Kaleng Bosku

Lenovo akan menghasilkan telefon khas untuk gaming dengan spesifikasi mengancam

Berdasarkan maklumat dari XDA Developers, gambaran dan spesifikasi telefon gaming Lenovo telah didedahkan di forum terkenal itu. Syarikat gergasi Lenovo ini bersedia untuk memikat pengguna khususnya peminat tegar gamer mudah alih dengan spesifikasi yang menggagumkan. The Lenovo Legion bakal menjadi peranti gaming smartphone pertama yang akan dilancarkan oleh Lenovo, di bawah brand siri Legion.

    Rekabentuk telefon ini agak pelik, tetapi ada kelebihannya ia sendiri. Peletakan modul kamera di bahagian tengah telefon pintar adalah sedikit janggal, tapi ia tidak akan mengganggu pengguna untuk menangkap gambar, dan membantu jari anda untuk tidak masuk ke dalam gambar. Selain itu, jari anda akan lebih selesa tanpa adanya ‘bumper’ kamera jika sedang bermain game.

    Baca juga :  #UCubaTry dari U Mobile : Pelan P99 Trial Untuk 7 Hari

    Bila sebut gaming, peranti itu mestilah fullscreen untuk meningkatkan pengalaman gaming yang terbaik untuk pengguna. Lenovo tidak menggunakan apa-apa takuk, tetapi menggunakan kamera swafoto pop-naik di tepi badan peranti. Nampak pelik, tapi macam ideal je untuk para streamer kan?

    Selain itu, telefon ini hadir dengan dual-speaker dan kapasiti bateri sebesar 5000mAh serta pengecasan pantas 90W. Pastinya gaming di telefon ini amat seronok! Khabar angin seterusnya pula ia dijangka hadir dengan paparan srkin FHD+ dengan kadar-segar 144Hz. Belum pasti sama ada ia adalah LCD atau OLED, tetapi ia pastinya smooth untuk gamer di luar sana!

      Untuk nadi utama pada peranti ini, sudah pasti ia akan menggunakan Snapdragon 865 dari Qualcomm. Bagi mengatasi masalah heating pada CPU berkuasa ini, Lenovo akan menggunakan teknologi penyejukan dari mereka sendiri iaitu dipanggil “3D cooling tower structure” yang mempunyai dual-heat pipe partition. Macam laptop pulak dah, sudah pasti peranti ini sejuk beku nanti. Telefon ini juga dijangka hadir dengan Android 10 dengan sistem operasi khusus untuk mode gaming, mungkin digelar Legion OS.

      Baca juga :  Senarai Terbaru - Peranti Huawei Yang Akan Menerima Android Q

      Harga bagi telefon ini pula masih tiada jawapan yang tepat. Jika Lenovo ingin bersaing dalam pasaran, ia perlu menawarkan harga yang kompetetif dengan pencabarnya seperti dari Nubia – RedMagic 5G yang berharga RM2500-3500.

      Back to top button
      Close

      Adblock Detected

      Please consider supporting us by disabling your ad blocker