Berita Teknologi

Realme Bakal Melancarkan Smartwatch & SmartTV Bulan Ini!

Realme bakal bersaing dengan syarikat terkemuka sedia ada

Realme merupakan anak buah kepada OPPO, yang menfokuskan penghasilan gadget bagi pasaran India. Realme telah wujud selama 2 tahun dan merupakan salah satu jenama yang paling cepat naik dalam industri telefon pintar. Selepas berjaya memperkenalkan Realme Buds, Realme nampaknya ingin menghasilkan gadget yang lain – iaitu smartwatch dan smartTV.

Realme telah mempunyai 35 juta pengguna global dan akan melancarkan smartwatch dan smartTV pada 25 Mei ini di India secara online.

Nama Realme Watch mungkin bakal digunakan untuk smartwatch dari Realme ini. Untuk rekaan tertiris smartwatch ini, tiada lagi gambar rekaan tersebar di internet. Namun, CEO Realme India – Madhav Sheth sering memberi klu mana-mana gadget baharu melalui akaun sosial medianya. Untuk realme Watch pula, anda boleh lihat jam tangan pintar yang dipakai oleh CEO tersebut dalam video temubual ini:

Menurut XDA-Developers, ia bakal mempunyai TFT touch screen color display 1.4”, berbentuk segi empat yangn mempunyai bucu melengkung. Sekurang-kurangnya, ia hadir dengan 160mAh bateri yang cukup untuk penggunaan seminggu. Selain itu, ia hadir dengan Bluetooth 5.0 dan IP68 yang kalis air dan habuk.

Bagi smartTV iatu Realme TV, syarikat majalah Digit telah jumpa sesuatu pada bulan lepas – iaitu pendaftaran ‘Realme TV 43’ di Bureau of Indian Standards (BIS). Mengikut nama ini, ia dijangka menggunakan panel 43” LED yang mampu milik. Dipercayai dijanakan oleh Android TV dan ciri-ciri unik yang lain.

Melalui akaun Twitter CEO Indian, Realme akan melancarkan sesuatu pada 25 Mei ini melalui acara-online. Melalui gambar tersebut, nampaknya ia kelihatan sebuah Smart TV dan juga Smartwatch. Wow, nampaknya ia betul-betul bakal dilancarkan pada minggu hadapan!

Baru sejam yang lepas, CEO ini juga telah memuat naik sebuah post di Twitter. Melalui itu, kita boleh mendapati bahawa Realme telah meminta pendapat peminat dalam menghasilkan sebuah peranti Smart TV, dan nampaknya Realme akan melancarkan spesifikasi smart TV yang dipilih sendiri oleh peminat, wow!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker