Apa Itu ?

Kereta Elektrik Kompak Hanya Berharga RM13K – Mini EV X2

Teknologi semakin lama bertambah canggih dan murah

Seperti yang kita tahu, kenderaan hibrid dan kenderaan elektrik adalah mahal untuk memilikinya dan memakan kos servis yang tinggi. Ini merupakan sebab orang ramai masih memilih kenderaan yang menggunakan petroleum kerana mesra-poket.

Namun, kehadiran Mini EV X2 dalam pasaran boleh membantu anda untuk memiliki kenderaan mesra-alam pada harga mampu milik ataupun boleh dikatakan lebih murah dari kenderaan sedia ada di Malaysia. Model kereta ini telahpun tular di sosial media dan ramai tidak sabar untuk memiliknya.

    Kereta kompak comel ini hanya dijual pada harga RM13’800. Mini EV X2 ini mengambil masa sehingga 8 jam untuk perjalanan 120KM. Kereta ini juga mempunyai kelajuan maksimum setinggi 80KM/J.

    Baca juga :  Apa itu VPN dan Kenapa Ia Sangat Penting ? | 3 VPN Terbaik

      Kereta ini mempunyai tanda harga RM18’800 dan anda boleh memiliknya pada harga RM13’800 sahaja selepas diskaun. Menawarkan kadar faedah pinjaman yang rendah serta waranti 5 tahun adalah perkara yang menarik pada kereta ini.

      Namun, kereta ini masih belum dibenarkan untuk dipandu dan dijual di Malaysia kerana masih belum melepasi ujian dari JPJ, Vehicle Type Approval dan mana-mana badan berkaitan yang lain. Maka, sama-samalah kita tunggu dan lihat.

      Back to top button

      Adblock Detected

      Please consider supporting us by disabling your ad blocker