Berita Teknologi

AirPods Studio – Headphone Pertama Apple ?

Khabar angin terbaru mengenai Apple yang bakal melancarkan produk baharu

Apple kini mempunyai khabar angin dan ura-ura tentang peranti baharu oleh mereka, iaitu wireless headphone pada masa akan datang. Maklumat ini dibocorkan oleh Jon Prosser, yang telah memberitahu tarikh tepat pelancaran iPhone SE dan MacBook Pro 13” lepas.

AirPods Studio dikhabarkan mempunyai teknologi high-end noise canceling untuk headphone jenis over-ear ini dan bakal bersaing hebat dengan Bose dan Sony pada harga $349 (RM1512).

Untuk pengetahuan anda, jenama Beats telah diambil oleh syarikat Apple sejak 2014. Bulan lalu, presiden Beats telah meletakkan jawatan dan telah digantikan oleh ketua Apple Music. Ini mungkin bermaksud bahawa jenama Beats akan diberhentikan dan akan digantikan oleh AirPods Studio pada masa akan datang.

Baca juga :  Pengguna iPhone di China Bertukar Ke Peranti Huawei

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker