Berita Teknologi

[Video] Rekaan Konsep iPhone 12 Pro (4 Kamera!)

Video dihasilkan oleh ConceptsiPhone dan dimuat naik ke YouTube

Apple dipercayai akan melancarkan iPhone terbaru mereka iaitu siri iPhone SE2 ataupun iPhone 12 dalam beberapa minggu lagi. Kini, rekaan konsep bagi model flagship Apple iaitu iPhone 12 Pro sudah mula tersebar di ruangan internet.

Ming-CHi Kuo merupakan seorang penganalisis di sebuah firma keselamatan IT, beliau menfokuskan teknologi pada keluaran Apple. Beliau akan menghasilkan konsep dan menyebarkan rekaan iPhone dan Macbook setelah menyelidik dan mendapatkan maklumat dari kenalan beliau, iaitu dari rangkaian pengedar Apple di Asia-Pasifik dan client mereka.

Menurut beliau, iPhone 12 Pro bakal hadir dengan rekaan berkotak seperti iPhone 5. Model terbaru iPhone ini mungkin dilengkapi dengan empat kamera utama.

Baca juga :  Unlimited Data Internet Serendah RM1 - Xpax Ultra Hour Pass
  

     

    Video tersebut adalah dihasilkan oleh ConcecptsiPhone dan dimuat naik ke YouTube, dengan menggunakan maklumat yang dikongsi oleh Ming-Chi Kuo secara ekslusif.

    Peranti iPhone 12 Pro ini mempunyai 4 lensa kamera, 1 LED cahaya dan 2 sensor untuk fotografi. iPhone ini nampaknya tidak mempunyai top-notch, maka ia adalah peranti berskrin penuh tanpa takuk dengan teknologi kamera di bawah paparan skrin dan rekaan premium ini menggunakan warna Dark Teal.

    Back to top button

    Adblock Detected

    Please consider supporting us by disabling your ad blocker