Berita Teknologi

Juara Kamera Ultra-Wide: OnePlus 8 Pro?

CEO OnePlus berkongsi tentang hasil tangkapan oleh OnePlus 8 Pro

OnePlus juga merupakan antara pengeluar terbesar di dunia. Walaupun peranti oleh Google, Huawei dan Samsung selalunya mempunyai kualiti kamera yang lebih cemerlang, OnePlus 8 Pro kini boleh mencabar mereka dalam kategori Ultra-Wide.

CEO Pete Lau telah memuat naik hasil sampel tangkapan OnePlus 8 Pro di Twitter beliau, bersama sampel telefon flagship tidak diketahui.

“Ultra wide that can get ultra close”, mungkin maksudnya adalah berkaitan kualiti gambar yang tidak akan rosak walaupun dizum masuk, ataupun cantik sepenuhnya.

Spesifikasi yang tersebar di internet menyatakan bahawa peranti ini dilengkapi dengan lensa 48MP IMX586 ultrawide, sama seperti Oppo Find X2 Pro.

Hasil tangkapan itu mungkin menggunakan Night mode pada mod ultrawide, dan juga mungkin sedang dibandingkan dengan iPhone 11 Pro Max – mempunyai ultrawide tetapi tidak boleh menggunakan Night mode.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker