Apa Itu ?

‘Self Pick-Up’ Grab – Tempah, Bayar dan Tapau Makanan Anda | Menjimatkan !

Jimat masa dan wang dengan Self Pick-Up di Grab

Grab Malaysia telah perkenalkan fungsi terbaru aplikasi mereka iaitu Self Pick-up. Dengan ciri ini, pelanggan boleh menempah makanan dan membuat bayaran secara online di mana-mana restoran, dan membenarkan pelanggan untuk membawa pulang makanan yang telah ditempah.

Fungsi terbaru ini merupakan idea yang bijak, kerana boleh menjimatkan masa berbanding beratur di restoran dan menjimatkan wang kerana tidak perlu membayar cas penghantaran.

Pada laman utama aplikasi Grab terbaru, anda boleh pergi ke kategori ‘Self Pick-Up’. Selepas membuat tempahan, anda akan diberitahu collection time untuk pesanan terbabit. Selain itu, aplikasi Grab juga akan mengingatkan anda untuk mengambil pesanan ketika makanan hampir siap.

Di restoran pesanan, anda hanya perlu pergi ke kaunter tanpa beratur dan tunjukkan order ID ke juruwang. Selepas mengambil pesanan, jangan lupa untuk tap pada butang biru untuk mengesahkan pengambilan makanan. Untuk maklumat lanjut, sila lewati Grab.

Baca juga :  Download File Dari Telegram Dengan Lebih Laju | Kenapa Telegram Lebih Baik Berbanding WhatsApp
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker