Berita Teknologi

MALAM INI! – Pelancaran Siri Huawei P40 Pada 9PM Secara Langsung

Cara menonton pelancaran rasmi siri Huawei P40 secara langsung

Malam ini, Huawei akan memperkenalkan siri telefon pintar P40 melalui penyiaran langsung yang boleh diakses oleh seluruh global. Walaupun dipaksa untuk perintah berkurung, anda masih boleh melihat siaran eksklusif ini walaupun di atas katil, bersama bantal busuk tercinta.

Selepas pelancaran Redmi Note 9S oleh Xiaomi 23 Mac lepas, Huawei pula mengikuti langkah mereka untuk melancarkan peranti terbaru pada malam ini jam 9 malam.

Huawei akan memperkenalkan P40, P40 Pro dan P40 Lite pada acara ini dengan tagline #VisionaryPhotography. Apa yang kita boleh tahu, peranti-peranti ini merupakan peranti fotografi yang terbaik oleh mereka, selepas kejayaan untuk siri P30 dan P20 yang lepas.

Untuk menonton siaran langsung acara Huawei ini, anda boleh lihat menerusi Bijak Tech pada 9 malam:

Baca juga :  Objektif Kementerian Belia dan Sukan: Melahirkan Atlet e-Sukan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker