Berita Teknologi

Internet Percuma 1GB Sehari Bermula 1 April Oleh Kerajaan

Untuk memudahkan rakyat menerima berita oleh kerajaan

Sebentar tadi, Perdana Menteri mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Pengumuman ini menawarkan internet 1GB percuma untuk kesemua rakyat bermula 1 April 2020 ini.

Menurut beliau, penawaran pakej khas ini merupakan kerjasama antara kerajaan dan pihak syarikat komunikasi. Penawaran ini akan berlangsung sehingga tempoh PKP tamat.

“Antara pakej khas yang akan ditawarkan ialah internet percuma dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) tamat. Ia termasuk inisiatif-inisiatif seperti berikut:

a) Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari, untuk digunakan antara jam 8 pagi dan 6 petang, bermula 1 April 2020, dan akan berkuat kuasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKP;

Pada ketika rakyat mematuhi PKP untuk tinggal di rumah, para penyiar swasta seperti Astro dan unifi TV sedia menawarkan akses tontonan secara percuma.

a) Astro – Menawarkan 14 saluran filem dan 11 saluran berita percuma; semua saluran percuma untuk pelanggan pakej sukan; – 22 saluran percuma menerusi aplikasi Astro-On-The-Go dan saluran KIX, Nat GEO WILD, Celestial Movies dan Cartoon Network untuk pelanggan NJOI; dan – Pelanggan perniagaan Astro, dibenarkan untuk menggantung perkhidmatan tanpa sebarang caj.

b) unifi TV – Menawarkan akses percuma ke semua saluran (lebih 100 saluran);dan – 20% diskaun untuk setiap filem pilihan perkhidmatan Video-onDemand.” – Sumber: MCMC

Baca juga :  Pakej Streamix 8Mbps Diturunkan Harga Kepada RM69, RM89/Bulan

Kerajaan dan penyedia perkhidmatan sanggup berganding bahu untuk meringankan beban rakyat akibat COVID-19 walaupun ia melibatkan kos yang sangat besar.

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker