Berita Teknologi

Huawei, TIME, TM, Digi, Celcom, U Mobile dan lain-lain Menyumbang RM8.75 Juta

Dana disumbang ke Tabung GLC Disaster Relief Network

Berikutan penularan COVID-19 di Malaysia sehinggakan pada tahap yang kritikal, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan beban rakyat di negara ini. Malah, pelbagai syarikat swasta telah menyumbangkan sejumlah RM8.75 juta yang terdiri daripada syarikat-syarikat teknologi:

Dana ini disalurkan ke tabung GLC Disaster Relief Network (GDRN) yang dikendalikan oleh Yayasan Hasanah (di bawah Khazanah Nasional) dan disumbangkan ke Kementerian Kesihatan.

Sumbangan ini penting untuk membantu barisan hadapan dalam menyediakan alatan dan peralatan seperti topeng muka, hand sanitizer, baju pakai buang dan sarung tangan.

Huawei Technologies telah menyumbang sejumlah $1 Juta iaitu RM4.5 juta, diikuti Digi, TM, Time dan U Mobile sebanyak RM1 juta masing-masing. AMEC dan GDeX menyumbang sejumlah RM150 ribu.

Baca juga :  Redmi Note 8 Pro - Kamera 64MP, Penyejuk Cecair & Helio G90T

Manakala Celcom hanya menyumbang RM100 ribu sahaja ke GDRN. Axiata dan Celcom juga telah menubuhkan Program Bantuan COVID-19 Axiata iaitu satu dana khas berjumlah RM150 juta untuk membantu 150,000 syarikat-syarikat mikro-SME yang terjejas dan ia akan disalurkan melalui platform mikro-kewangan Aspirasi.

Pada ketika rakyat mematuhi PKP untuk tinggal di rumah, para penyiar swasta seperti Astro dan unifi TV sedia menawarkan akses tontonan secara percuma.

Sumber: MCMC

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker