Berita Teknologi

Siri Galaxy S20 datang dengan pengecas pantas.

S20 Ultra mungkin akan datang dengan pengecas pantas 45W.

Pada tahun lepas, Samsung memutuskan untuk tidak mengikuti Apple dan menghantar kedua-dua Galaxy Note 10 dan Note 10+ dengan pengecas 25W. Note 10+ juga mampu untuk menyokong pengecasan pantas sehingga 45W.

Membeli pengecas yang membenarkan anda menggunakan sepenuhnya pengecasan pantas kepunyaan Galaxy Note 10+ mempunyai kos tambahan.

Syukurlah, Samsung nampaknya sedang memberikan sedikit fair shake kepada pelanggan-pelanggannya kali ini, memandangkan sedikit informasi baharu daripada WindFuture Roland Quandt mencadangkan bahawa setiap telefon dalam siri Galaxy S20 akan didatangkan dengan pengecas pantasnya tersendiri.

Walaupun ini dapat menjimatkan wang anda, namun ia juga agak mengecewakan untuk melihat Samsung yang hanya menggunakan pengecas 25W untuk 2 buah peranti perdananya sedangkan pesaingnya yang lain seperti Xiaomi dan OPPO telah menghantar peranti-perantinya dengan pengecas 65W dan juga cuba untuk meningkatkannya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker