Berita Teknologi

Samsung Masih Mempertimbangkan Untuk Hadir Ke MWC 2020

Samsung dilaporkan masih mempertimbangkan perancangan MWC 2020 disebabkan koronavirus

Semenjak virus koronavirus yang semakin merebak ini, terdapat beberapa pengeluar peranti yang telah mula untuk membatalkan atau mengehadkan kehadiran ke acara MWC 2020 pada penghujung bulan Februari ini. Mengikut laporan CNET, Samsung diperkatakan masih mempertimbangkan kehadiran ke acara MWC 2020.

Samsung dikatakan masih dalam perancangan untuk menghadiri pada acara MWC 2020 ini. Walau bagaimanapun, Samsung mungkin akan mengurangkan dan mengehadkan kehadiran pekerja dan eksekutif mereka berbanding sebelum ini.

Namun, melihat dengan keadaan yang tidak menentu disebabkan oleh koronavirus ini menyebabkan perancangan Samsung berubah.

Buat masa ini, Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perancangan mereka di MWC 2020. Sebelum ini, LG juga telah membatalkan kehadiran mereka di MWC 2020 disebabkan koranvirus termasuk juga ZTE yang membatalkan persidangan mereka.

Baca juga :  Kriptowang dari Facebook - "Libra" Akan Dilancarkan Pada 2020
Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami