Berita Teknologi

Realme C3 Bakal Dilancarkan- Peranti Bajet Baru Yang Puas Gaming?

Hadir dengan Mediatek Helio G70 - mempunyai GPU yang bagus untuk gaming?

Realme seringkali melancarkan peranti baharu setiap bulan di negara beliau iaitu di India. Kini, Realme akan melancarkan telefon pintar baharu iaitu Realme C3 selepas mendapat sambutan baik untuk model C1 dan C2.

Menurut promosi oleh Realme India, peranti ini dijana oleh Mediatek Helio G70 dan dibekalkan kuasa sebesar 5000mAh yang bakal dilancarkan pada 6 Februari ini. Seterusnya, model ini akan hadir dengan storan 3/32GB dan 4/64GB.

Sebelum kita bincangkan adalah Helio G70 ini ‘sedap’ untuk gaming, sila baca spesifikasi yang lain dahulu. Peranti Realme dengan siri C nampaknya hanya menawarkan spesifikasi yang sederhana pada harga yang mampu milik.

Realme C3 akan hadir bersama gabungan dwi-kamera dengan lensa utama 12MP dan 2MP. Macam biasa, ia mempunyai paparan waterdrop-notch bersaiz 6.5”. Namun, mereka tidak meletakkan informasi berkaitan panel paparan, tetapi ia pastinya akan menggunakan HD+ panel sahaja, bukannya AMOLED. Jom kita layan gambar berikut:

Baca juga :  Huawei Akhirnya Perkenalkan Harmony OS Secara Rasmi

    Sokong Gaming ?

    Realme C3 menggunakan Mediatek Helio G70, dan ini bermakna ia hadir dengan iGPU Mali-G72 MC2. Jika nak ikutkan, Mali-G72 ini mempunyai 3-teras 850Mhz. GPU ini mungkin mempunyai pretasi seumpama GPU yang ada pada Mediatek Helio P60 – Realme 5, Redmi Note 8 dan lain-lain. Namun, ia masih samar-samar kerana masih belum jelas di internet.

    Back to top button
    Close

    Adblock Detected

    Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami