Berita Teknologi

Realme 5 Pro Edisi Khas diperkenalkan bersempena Hari Kekasih!

Realme 5 Pro Edisi Khas hanya 500 unit sahaja di Malaysia!

Realme telah mengumumkan sebuah Realme 5 Pro khas bersempena Hari Kekasih. Peranti tersebut hanya terhad kepada 500unit sahaja di dalam pasaran Malaysia. Ia didatangkan dalam versi Chrome White sahaja dan dilengkapi dengan 8GB RAM dan 128GB ROM.

 

Menurut Realme, peranti Chroma White tersebut akan dijual dengan harga yang sama dengan warna sedia ada iaitu RM999. Ia akan berada di dalam pasaran Online secara ekslusifnya pada tanggal 4 Februari 2020 dari jam 12 pagi di kedai online Realme di Shopee.

Realme 5 Pro tersebut mempunyai skrin 6.3” Full HD+ IPS dan ia juga menggunakan cip pemproses Snapdragon 712. Ia juga didatangkan dengan quad-camera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-wide-angle 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

Baca juga :  5 perkara yang perlu dilakukan oleh pengguna Android

Bagi kamera selfie pula, ia didatangkan dengan kamera hadapan 16MP yang terletak di atas notch yang kecil. Peranti tersebut juga didatangkan dengan bateri 4035mAH yang menyokong 20W VOOC 3.0 fast charging menerusi kabel USB-C. Jika anda benar-benar berminat, anda boleh merujuk di kedai rasmi Realme di applikasi Shopee.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami