Apa Itu ?

Premflix – Perkhidmatan Penstriman Rasmi Liga Perdana Inggeris (EPL) Akan Tersedia

Apa itu Premflix? Ia adalah perkhidmatan penstriman bola sepak EPL seakan Netflix

Pegawai eksekutif baharu Liga Perdana Inggeris, Richard Masters mendedahkan bahawa EPL akan menyediakan perkhidmatan penstriman seakan saluran di Netflix. Beliau mengesahkan bahawa EPL akan mempertimbangkan untuk melancarkan perkhidmatan digital milik mereka sendiri – penstriman perlawanan langsung dan kandungan bola sepak yang lain secara terus kepada pelanggan.

Beliau mengesahkan bahawa EPL berupaya untuk mengecas saluran Premflix secara terus kepada pelanggan tanpa perlu menjual hak penyiaran ke syarikat TV dan ia adalah dalam perancangan untuk musim 2020-2025.

Tambahan beliau, EPL telah menjalankan ujian ini pada sebelum ini, namun mereka mengambil keputusan untuk mengkaji pasaran, membuat perancangan dan sebagainya. Mereka telah bersedia sebenarnya pada sebelum ini, dan akan melancarkan perkhidmatan selepas ini setelah peluang mereka terbuka.

Baca juga :  Apa itu Bitcoin? (Panduan Lengkap)

Penawaran penstriman secara terus kepada pelanggan dapat menjana pendapatan yang lebih besar kepada mereka dan dapat memotong harga yang dinaikkan oleh syarikat TV. Ini bermakna, saluran EPL melalui Premflix akan menawarkan harga yang lebih mampu milik. Secara tidak langsung, ia merupakan salah satu langkah yang bijak untuk mengatasi cetak rompak.

EPL akan memulakan perancangan ini untuk musim 2020 kelak selepas tempoh lesen penyiaran sedia ada telah tamat.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker