Apa Itu ?Berita Teknologi

Pembinaan Menara Komunikasi – NFCP 1 Akan Dimulakan dan NFCP 2 Diperkenalkan

Kerajaan akan melaksanakan NFCP 1 dan pelan perancangan NFCP 2 telah diperbincangkan

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa pembinaan menara komunikasi akan dilaksanakan pada bulan Februari ini (pertengahan bulan) selepas memperolehi lesen pada Januari lepas. Tambahan lagi, Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang pertama (NFCP 1) akan membina menara komunikasi di 152 lokasi dalam 93 mukim (kawasan/daerah).

Objektif NFCP adalah untuk menawarkan perkhidmatan selular 3G dan 4G di seluruh negara dengan kerjasama kerajaan dan syarikat telekomunikasi di Malaysia. Inisiatif NFCP 1 dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk meningkatkan infrastruktur digital terutama di kawasan yang tiada dan akses terhad terhadap liputan 3G dan 4G.

Tambahan lagi, NFCP 2 pula mempunyai pelan yang terbaharu – iaitu membina menara komunikasi sekurang-kurangnya di 500 lokasi dalam 210 mukim (kawasan/daerah) pada seluruh Malaysia. Pelan NFCP 2 akan dilaksanakan pada suku tahun ketiga pada tahun ini, menurut Menteri tersebut.

Baca juga :  Digi bekerjasama dengan TIME Fibre Network bagi memperluaskan coverage jalur lebar

Perancangan NFCP

  • NFCP 1 – Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Terengganu dan Sabah
  • NFCP 2 – Melaka, Sarawak dan kesemua di NFCP 1

Apa itu NFCP ?

Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (National Fiberisation Connectivity Plan) telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 19 September 2019.

Perancangan NFCP adalah pelan 5-tahun (2019-2023) yang memfokuskan dalam menyediakan sambungan digital yang bersesuaian, komprehensif, berkualiti tinggi dan mampu-milik buat rakyat jelata seluruh Malaysia. Ia juga salah satu rancangan untuk Revolusi Industri 4.0.

Menurut Gobind, kos NFCP melibatkan anggaran sekitar RM21.6 bilion dalam tempoh 5 tahun dan dijangka akan menyediakan 20’000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

Baca juga :  GSC Perkenalkan ScreenX - Layar Panggung Seluas 270° Sudut Pandang
Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami