Berita Teknologi

iPhone 9 Mungkin Diumumkan Seawal Pertengahan Bulan Mac ini

iPhone 9 ataupun dikenali sebagai iPhone SE 2, dipercayai akan diumumkan pada bulan hadapan

Apple pastinya akan menghasilkan peranti mercu setiap tahun, dan apa yang menjadi isu adalah harganya dijual pada paras yang amat tinggi. Namun, kisah ini mungkin boleh diputarkan kerana Apple dipercayai akan mengumumkan iPhone 9/SE 2 yang mempunyai tanda harga yang rendah dan terkini daripada mereka.

Sejak pelancaran iPhone 11 dahulu, berita iPhone 9 telah berlegar-legar dan hangat di sosial media. Apple dilaporkan ingin menghasilkan peranti yang sederhana-premium supaya pembeli boleh memiliki peranti terbaru mereka tanpa perlu menjual buah pinggang.

Dalam ura-ura hebahan iPhone 9 ini, para pakar analisis menjangkakan bahawa peranti ini akan hadir dengan spesifikasi dalaman seperti iPhone 11 iaitu bakal dijana oleh cip pemprosesan Apple A13 Bionic dan 3GB RAM serta hanya mempunyai kamera tunggal di belakang sahaja.

Baca juga :  Pengguna Digi Postpaid Ditawarkan Data Percuma 1GB Setiap Hari

Selain itu, seorang pembocor maklumat telah mendedahkan bahawa iPhone 9 ini akan dihasilkan dengan rekaan bentuk sama seperti iPhone 8 yang mempunyai paparan 4.7″ dan hanya teknologi Touch ID.

    Analisis Apple terkenal, Ming-Chi Kuo percaya bahawa peranti Apple seterusnya ini akan dijual pada harga $399 (~RM1700), yang lebih murah berbanding iPhone 8 iaitu $449 (~RM1900).

    iPhone 9 / iPhone SE 2 bakal diumumkan !

    Sebuah cawangan Korea Telecom telah meletakkan papantanda yang mempromosikan ‘preorder’ untuk Samsung Galaxy S20 dan Apple iPhone 9 – walaupun kedua-dua peranti ini masih belum diumumkan secara rasmi. KT merupakan salah satu syarikat telekomunikasi terkenal di Korea, maka apa yang kita boleh simpulkan bahawa peranti ini akan hadir ke umum dalam masa terdekat. Menurut promosi tersebut, sebarang pesanan preorder akan menerima hadiah percuma iaitu AirPods atau Galaxy Buds+.

    Baca juga :  Huawei, TIME, TM, Digi, Celcom, U Mobile dan lain-lain Menyumbang RM8.75 Juta

    Selain itu, penganalisis Evan Blass, telah tweet bahawa iPhone 9 ini akan hadir pada pertengahan bulan Mac, iaitu suku pertama tahun 2020 seperti dijangka oleh para pakar yang lain.

    Evan Blass percaya bahawa iPhone 9 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat selepas Samsung dipercayai akan mula mengambil tempahan pada 6 Mac ini. Macam biasa, sesebuah syarikat akan melancarkan tindak balas jika ada pesaing yang mula mengumumkan produk baharu.

    Samsung dipercayai akan mengambil tempahan mulai 6 Mac kerana website mereka tidak sengaja memaparkan tarikh tersebut, walaupun tidak diumumkan secara rasmi oleh mereka.

    Sama-sama kita nantikan iPhone 9 dan Samsung Galaxy S20 yang bakal hadir tidak lama lagi.

    Baca juga :  Konspirasi #10yearschallenge yang patut anda ambil perhatian!
    Back to top button
    Close

    Adblock Detected

    Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami