Lain-Lain

Ericsson Tidak Akan Menghadiri MWC 2020!

Ericsson membatalkan penyertaan di MWC 2020 kerana kebimbangan koronavirus.

Wabak koronavirus baharu telah meragut lebih 600 nyawa di seluruh dunia. Ericsson antara peserta pameran terbesar di MWC Barcelona setiap tahun telah mengumumkan pembatalan meraka tahun ini kerana bimbang akan koronavirus baharu.

Ericsson telah mengambil langkah selepas melakukan penilaian risiko dan merasakan mereka mungkin akan meningkatkan risiko ribuan pelawat dan kakitangan terdedah kepada virus. Ericsson akan memperlihatkan kesemua demonstrasi teknologi dan kandungan yang telah dihasilkan di MWC Barccelona 2020 di acara Ericsson Unboxed secara kecil-kecilan.

Selain Ericsson, ZTE dan LG juga turut mengambil langkah yang sama bagi membatalkan persidangan media mereka di MWC Barcelona atas sebab koronavirus.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker