Lain-Lain

Apple Didenda 25 Juta Euro!

Apple didenda oleh Perancis kerana memperlahankan prestasi iPhone

Menerusi pihak Direktorat umum untuk persaingan, penggunaan dan penindasan penipuan (DGCCRF), yang berada di bawah sebahagian daripada Kementerian Ekonomi Negara Perancis, mereka telah memfailkan saman sebanyak 25 juta Euro terhadap Apple.

Denda yang dikenakan terhadap Apple pada 2018 dahulu yang dibuat selepas didapati bahawa Apple telah gagal memaklumkan kepada para pengguna iPhone versi terdahulu mengenai kemas kini yang diterima mereka akan memberikan kesan prestasi terhadap peranti tersebut.

Setelah 3 tahun kes itu, Apple menyatakan bahawa mereka telah bersetuju untuk membayar jumlah denda itu. Berikut adalah kenyataan media oleh pihak (DGCCRF) tentang isu ini,

“Following an investigation by the Directorate General for Competition, Consumption and the Suppression of Fraud (DGCCRF) and after the agreement of the Public Prosecutor of Paris, the Apple group agreed to pay a fine of 25 M € in the context of a criminal transaction.”

Seized on January 5, 2018 by the Paris Prosecutor’s Office to investigate the complaint of an association against Apple, the DGCCRF has shown that ‌iPhone‌ owners were not informed that the updates of the iOS operating system (10.2.1 and 11.2) they installed were likely to slow down the operation of their device.”

“These updates, released during 2017, included a dynamic power management device which, under certain conditions and especially when the batteries were old, could slow down the functioning of the ‌iPhone‌ 6, SE models. and 7.”

Apple telah mengesahkan bahawa mereka memperlahankan prestasi iPhone dari segi kuasa pemprosesan bagi menjaga hayat bateri selepas isu prestasi iPhone diperlahankan itu didedahkan.

Baca juga :  Nak Bina atau Beli PC Sendiri ? Mari Kita Ketahui Perkara Asas Terlebih Dahulu

Apple juga telah membuat permohonan maaf terhadap isu ini dan telah menurunkan harga bateri iPhone sepanjang 2018 yang lalu.

Malahan mereka juga adamenambah ciri yang baharu di dalam sistem iOS bagi menunjukkan keadaan kesihatan bateri iPhone yang lebih terperinci kepada pengguna.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker