Berita Teknologi

WhatsApp Bermasalah ?! WhatsApp Dilaporkan Sedang Mengalami Gangguan

WhatsApp kini sedang mengalami gangguan di seluruh dunia, menurut laporan para pengguna. Aplikasi permesejan ini dilaporkan mengalami masalah sejak beberapa jam yang lalu.

WhatsApp yang mempunyai pengguna sekitar 1.5 bilion di seluruh dunia sedang menghadapi masalah berkaitan media – gambar, sticker, audio dan status.

Server WhatsApp nampaknya sangat perlahan ketika ini, kerana mengambil masa yang agak lama untuk memuat-turun media-media terbabit.

Buat masa ini, pihak WhatsApp masih belum menjelaskan kepada pihak media dan perkara ini akan diselesaikan secepat yang mungkin.

KEMASKINI: WhatsApp telah pulih sepenuhnya pada sekitar jam 9.30 malam Malaysia

Baca juga :  Pembinaan Menara Komunikasi - NFCP 1 Akan Dimulakan dan NFCP 2 Diperkenalkan
Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami