Lain-Lain

Tiada kemudahan tambah nilai di setiap plaza tol lebuh raya PLUS

Kemudahan ini ditutup sementara semasa musim Tahun Baru Cina ini

Tahun Baru Cina bakal tiba dalam beberapa hari lagi. Semestinya, ramai yang akan pulang ke kampung halaman pada musim cuti ini. Bagi yang ingin pulang ke kampung halaman tu, pastikan anda telah tambah nilai kad Touch ‘n Go anda terlebih dahulu.

Hal ini demikian kerana seluruh fasiliti tambah nilai Touch ‘n Go tidak akan beroperasi dari 22 Januari sehingga 3 Februari 2020 di setiap lorong plaza tol PLUS. Ini telah dipraktiskan semasa musim perayaan berlangsung bagi mengurangkan kesesakan disebabkan oleh kenderaan beratur panjang untuk tambah nilai di setiap plaza tol.

Bagi melancarkan perjalanan, semua pengguna lebuhraya PLUS dinasihatkan supaya mengekalkan baki yang mencukupi dalam kad TNG masing-masing. Menurut PLUS, akan berlaku gangguan yang besar terhadap aliran trafik apabila para pengguna lebuhraya tidak dapat membayar tol akibat kekurangan baki. Melebihi 2 juta kenderaan setiap hari yang dianggarkan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan semasa musim perayaan ini.

Baca juga :  Update Terbaharu PUBG Mobile Bakal Digegarkan dengan Zombie!

Anda boleh melakukan tambah nilai di setiap kawasan Touch ‘n Go yang di 34 cawangan stesen minyak yang terpilih. Selain itu, anda juga boleh tabah nilai melalui self-service kiosk yang disediakan oleh pihak PLUS sebanyak 67 lokasi atas lebuhraya PLUS seperti di kawasan RnR dan plaza tol. Secara alternatif juga, anda boleh tambah nilai kad TNG anda sebelum memasuki lebuhraya dan anda boleh mencari tempat tambah nilai Touch ‘n Go melalui aplikasi Waze.

Semoga perjalanan anda semasa musim perayaan ini selamat sampai ke destinasi yang ingin ditujui.
Selamat Tahun Baru Cina , GONG XI FA CAI.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami