Berita Teknologi

Status WhatsApp Masih Bebas Iklan Buat Masa ini, Bagaimana pula nanti?

Aplikasi WhatsApp telah diperbaharui dengan integrasi oleh Facebook

Menurut The Wall Street Journal, Facebook telah mendedahkan perancangan mereka untuk perkenalkan iklan di bahagian status di WhatsApp. Pada artikel sebelum ini, Facebook telah menunjukkan demo WhatsApp bersama iklan yang dipercayai akan berkuat-kuasa menjelang 2020.

Dalam tempoh kebelakangan ini, WhatsApp menampakkan kelainan dengan menambah “WhatsApp from Facebook”. Dengan itu, nampaknya Facebook telah bersedia untuk menyediakan slot iklan pada pengiklan di luar sana. Namun, buat masa ini, pelan tersebut dikatakan telah ‘ditangguhkan’.

Pada awal sejarah WhatsApp, pengguna boleh menggunakannya secara percuma untuk setahun dan perlu membayar sejumlah $1.99 USD untuk tahun seterusnya. Setelah WhatsApp mendapat sambutan yang hangat, syarikat Facebook tanpa ragu-ragu telah membeli WhatsApp pada 2014 dengan harga $19 Bilion iaitu sekitar RM80 bilion (30 kali ganda berbanding RM 2.6 bilion).

Baca juga :  Telefon Android Terbaik (Disember 2018)

Dari 2014 sehingga kini, WhatsApp masih belum memaparkan sebarang iklan di ruangan status. Pada awalnya, WhatsApp telah membuat polisi tanpa-iklan untuk pengguna. Namun, founder WhatsApp Jan Koum telah meninggalkan Facebook pada tahun 2018 kerana ada perlisihan pada polisi itu. Dengan itu, Facebook pasti akan menukarkan WhatsApp kepada aplikasi penjana wang mereka.

 

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami