Berita Teknologi

Sony Akan Perkenalkan Telefon Pintar Xperia 5G Yang Pertama

"Sony has entered the game"

Sony Mobile sebenarnya masih wujud! Paling mengejutkan sekali adalah telefon pintar Xperia seperti Xperia 1 dan Xperia 5 yang telah dilancarkan di dalam pasaran Malaysia beberapa bulan lalu. Bersempena MWC 2020 yang bakal berlangsung bulan hadapan, pihak pembuatan telefon pintar dari Jepun itu akan meneruskan hasrat mereka untuk memperkenalkan beberapa buah model baharu dan sekurang-kurangnya salah satunya adalah telefon pintar 5G pertama mereka.

Ada ura-ura mengatakan bahawa flagship mereka yang seterusnya akan diberi nama Sony Xperia 1.1 dan ia dikatakan bakal menggunakan chipset Snapdragon 865 dengan latest modem Snapdragon X55 yang mampu menyokong dual-mode 5G. Dari segi spesifikasi, peranti tersebut mungkin akan didatangkan dengan skrin yang sedikit besar iaitu 6.6” OLED yang mampu memberikan resolusi 4K dalam nisbah aspek 21:9 tinggi.

Baca juga :  Barang Lagi Mahal ?! - Lazada Malaysia Bersedia Untuk Cukai Digital dari Kerajaan

Kamera belakang pula dikatakan akan didatangkan dengan quad-camera yang merangkumi kamera utama 48MP dan 64MP, kamera ultra-wide 12MP dan kamera telephoto 12MP (mungkin sebanyak 3x zoom optikal). Termasuk juga kamera TOF untuk deria kedalaman.

Pada awal bulan ini, pembocor maklumat iaitu @Onleaks telah berkongsikan sebuah peranti yang dikatakan Sony Xperia 5 Plus. Peranti tersebut disenaraikan dengan skrin 6.6” OLED, tiga kamera belakang disediakan dengan TOF dan kamera selfie 8MP. Jika dilihat dari segi reka bentuk, ia menunjukkan bahawa Sony akan kembali dengan reka bentuk kotak ataupun boxy design seperti siri Xperia Z yang awal.

Peranti tersebut masih mengekalkan sensor cap jari yang dipasang di bahagian sebelah peranti dan butang khusus pengatup kamera. Bagi mereka yang mempunyai harapan untuk menggunakan headphone yang berwayar, anda seharusnya gembira kerana Xperia 5 Plus ini dikatakan datang dengan headphone jack dia atas kerangka peranti. Peranti terkini Xperia 5 yang padat itu tidak didatangkan dengan 3.5mm port dan anda memerlukan dongle USB-C ke 3.5mm.

Baca juga :  Ini Perkembangan Facebook F8 yang Perlu Anda Tahu

Bagi mengimbas semula, peranti terkini Sony Xperia 1 telah dilancarkan secara rasminya pada harga RM4299 manakala Xperia 5 secara rasminya berharga RM3399. Bagi flagship Sony yang terbaru, anda mungkin boleh menjangkakan sebarang kelewatan. Flagship Sony yang lepas yang dilancarkan di Mobile World Congress secara tradisinya mengambil masa berbulan sebelum ianya dipasarkan, terutamanya di pasaran Asia. Dari segi adanya 5G, pihak perkhidmatan komersil dijangkakan akan dilancarkan di dalam Malaysia pada suku ketiga tahun ini.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker