Apa Itu ?

Quick Share – Teknologi Seakan ‘AirDrop’ Buat Pengguna Samsung

Quick Share akan diperkenalkan pada peranti Samsung akan datang

AirDrop merupakan salah satu teknologi yang hebat pada peranti iPhone. Ini membuatkan pengguna Android kelihatan agak ketinggalan. Dengan teknologi penghantaran data ini, pengguna boleh menghantar dan menerima media seperti gambar dan video dengan mudah dan pada kelajuan yang tinggi.

Pengeluar Android sedia ada telah mempunyai aplikasi alternatif Android, terbaru – Samsung juga sedang menghasilkan teknologi untuk peranti mereka, menurut XDA Developers.

Pengeluar Android gergasi dunia iaitu Xiaomi, Oppo dan Vivo telah bekerjasama untuk menghasilkan alternatif AirDrop buat Android. Mereka telah membangunkan solusi penyebaran-fail yang tidak perlu bergantung pada aplikasi luar. Hasilnya, pengguna peranti dari mana-mana Xiaomi, Oppo dan Vivo boleh integrasi dengan mudah.

Baca juga :  Apa itu 'Neural Core' Pada Google Pixel 4 ?

Seperti yang kita tahu, aplikasi seperti ini yang berada di Google Play Store adalah tidak selamat, mempunyai iklan dan tidak stabil. Google juga menghasilkan aplikasi perkongsian fail, namun agak leceh dan memerlukan pengguna memuat-turun melalui Play Store terlebih dahulu.

Samsung dilaporkan akan menyiapkan Quick Share mereka untuk Samsung Galaxy S20. Sebagai harapan, Quick Share haruslah menjadi sebuah aplikasi yang mesra pengguna, efisien dan cemerlang.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker