Berita Teknologi

Digi bekerjasama dengan TIME Fibre Network bagi memperluaskan coverage jalur lebar

Untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar untuk kawasan baharu

Digi telah mengumumkan bahawa kerjasama mereka dengan TIME broadband bagi memperluaskan kawasan rangkaian jalur lebar fiber bagi meliputi banyak lagi kawasan perumahan di Malaysia. Menurut pihak Digi, ini merupakan satu komitmen daripada kedua-dua pihak bagi mendukung matlamat National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) bagi menyediakan rakyat Malaysia dengan kelebihan sambungan akses yang berpatutan dan berkualiti tinggi.

Dengan kerjasama ini, Digi akan memanfaatkan infrastruktur jalur lebar fibre milik TIME yang sedia ada bagi membolehkan mereka untuk menawarkan beberapa plan Digi Home Broadband kepada ramai lagi rakyat Malaysia yang menetap di bangunan-bangunan yang tinggi. Time menawarkan sambungan fibre 100% di pangsapuri dan kondominium yang diliputi.

Baca juga :  WhatsApp Bakal Akhiri Sokongannya Terhadap Telefon Windows

Sebelum ini, Home Fibre milik jalur lebar Digi hanya boleh didapati di Sabah termasuk kawasan-kawasan yang terpilih di Lembah Klang dan Melaka. Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat, kerjasama dengan TIME membolehkan mereka memperluaskan sambungan bagi ramai lagi rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman internet yang lancar dan konsisten di dalam dan luar kawasan rumah bersama Digi.

Mengulas mengenai kerjasama yang dijalinkan, Pengarah Eksekutif Time, Lee Guan Hong memberitahu “Kami berdiri di belakang infrastruktur jalur lebar fibre berkualiti yang telah dibina oleh TIME. Akses kepada infrastruktur TIME terbuka kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) yang ingin memperluaskan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara.”

Baca juga :  RASMI! Sony Akan Melancarkan PS5 Pada 12 Jun Ini

Dari segi pelan, kedua-dua syarikat telekomunikasi menawarkan sehingga 1Gbps pada harga RM199/bulan dalam kontrak 24 bulan. Bagi Digi, mereka menawarkan pakej 50Mbps pada RM99 / bulan, 100Mbps pada RM129/bulan, 500Mbps pada RM159/bulan dan 1Gbps pada RM199/bulan. Walau bagaimanpun, anda boleh meraih simpanan bulanan tambahan apabila anda mendaftar pelan itu bersama kombo pascabayar mudah alih daripada Digi.

Sementara itu, Time menawarkan 100Mbps pada RM99/sebulan, 500Mbps pada RM139/sebulan dan 1Gbps pada RM199/sebulan. Sekiranya anda terlepas, Time sedang menawarkan pelbagai pilihan router tanpa wayar dengan kos tambahan yang berbaloi bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lagi bagus daripada router biasa.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker