Berita Teknologi

Terbaru dari Realme: Pelancaran Realme X2 dan Realme Buds Air

Pretasi yang lebih canggih pada setiap peranti baharu ini

Realme India telah mengumumukan melalui Twitter bahawa mereka akan memulakan penjualan Realme X2 dan Realme Buds Air mulai 20 Disember (waktu India) ini. Sekali lagi, ramai pihak yang teruja dengan peranti baharu mereka ini.

Realme X2

Membawawakan tagline #64MPPerformanceXpert, Realme X2 merupakan telefon pintar kompak yang dikuasakan oleh Snapdragon 730G, pengecasan pantas 30W VOOC 4.0 dan 64MP quad-kamera. Kamera hadapan pada 32MP dan paparan 6.4″ FHD+ Super AMOLED. Menggunakan cip pemprosesan baharu dengan pretasi GPU jauh lebih baik, ia dilabel ‘telefon gaming ultimate’ oleh mereka.

Ia hadir pada 3 warna yang menarik dan premium: Pearl Green, Blue dan White. Realme X2 mula dijual pada Rs 16’999 (~RM900) untuk model 4/64GB. Realme menambah, mereka telah berjaya menghasilkan peranti dengan spesifikasi medium tetapi dengan ciri-ciri premium flagship pada harga yang berbaloi.

    Pada realme X2 ini, realme telah menambah banyak ciri-ciri baharu untuk kegunaan fotografi dan filem – potrait mode lebih baik, micro lens, ultra-wide, video bokeh dan video stabilizer. Untuk detail penuh, anda boleh melihat di Realme India.

    Realme Buds Air

    Mencari alternatif Airpods yang terbaik dan murah? Boleh lihat Realme Buds Air.

    • Open-up Auto connection
    • Wireless Charging
    • Dynamic Bass Boost driver
    • wear detection
    • Super Low Latency

    Walaupun belum boleh dibeli secara online, ia telah terjual sebanyak 11 ribu unit secara pra-tempahan lalu.

    Back to top button

    Adblock Detected

    Please consider supporting us by disabling your ad blocker