Berita Teknologi

Tahun Baru, Harga Baru! – Netflix Naikkan Harga Langganan

Kenaikan berpunca dari SST 6%, dan dari mereka sendiri !

Bermula 2020. Malaysia akan mengenakan cukai digital SST sebanyak 6% untuk setiap transaksi. Cukai digital ini termasuklah penstriman video, audio dan apa-apa berkaitan digital seperti Steam.

The Star melaporkan Netflix akan mengenakan cukai digital mulai 9 Januari 2020. Ini bermaksud, harga langganan bulanan Netflix akan meningkat kerana ia sudah termasuk dengan cukai terbabit.

Ini merupakan kali pertama Netflix meningkatkan harga langganan sejak ia diperkenalkan dahulu pada 2016. Netflix Malaysia berkata, pelanggan mereka telah dimaklumkan notis sebulan sebelum harga akan dinaikkan.

Untuk langganan mobile plan, harganya akan tetap pada RM17 dan tiada perubahan. (Sila baca: Mampu Milik ! Netflix Mobile Pada Harga RM17/Bulan)

Harga langganan Basic plan akan meningkat kepada RM35 daripada RM33. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6.06%.

Baca juga :  Promosi 62GB Percuma dari Hotlink kini Kembali !

Manakala bagi langganan Standard plan, ia meningkat dari RM42 kepada RM45. Menurut perkiraan, ia menunjukkan peningkatan harga sebanyak 7.14% dari harga sebelumnya.

Seterusnya bagi langganan Premium Plan, harganya bertukar ke RM55 daripada RM51. Jelas sekali, harganya meningkat sebanyak 7.84%.

Perubahan peratus dikira dengan menggunakan laman Percentage Calculator

Jelas sekali, Netflix Malaysia bukan sahaja mengenakan cukai digital – malah menaikkan harga langganan mereka.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami