Trik dan Tips Telefon Pintar

Storan Penuh? 3 Cara Mujarab Menjimatkan Storan Telefon Dari Gambar

Megapixel tinggi bermakna gambar yang lebih berat, apakah cara untuk atasinya ?

Storan telefon pintar adalah penting sebenarnya terutamanya pada kelajuan pemprosesan. Apabila storan penuh, cache tidak dapat dihasilkan maka proses loading data akan menjadi lebih perlahan. Namun, lambakan cache yang terdahulu boleh mendorong kepada kepenuhan storan. Secara ringkasnya, cache terdahulu adalah jahat dan cache terkini adalah baik untuk kelajuan loading sesebuah aplikasi.

Kali ini, penulis nak ajar bagaimana kita boleh menjimatkan storan dari gambar. Kini, lambakan gambar adalah musuh utama bagi storan sesebuah telefon. Hal ini kerana telefon pada zaman kini hadir dengan kamera berlensa megapixel yang tinggi seperti 12MP, 24MP, 48MP dan sebagainya. Untuk penjelasan mudah, semakin tinggi megapixel, maka semakin tinggilah ia punya hasil gambar dan ia bergantung kepada optimasi perisian kamera itu sendiri. Senang cerita, sekeping gambar pada telefon pintar kini boleh mencecah 5MB, 8MB dan sehingga 15MB.

Apabila terjadinya kes berikut, ia adalah mimpi ngeri buat penggemar fotografi terutamanya pemilik peranti yang mempunyai storan dalaman yang rendah. Okay, apakah punca sebenarnya masalah gambar yang berat? Ia adalah kekurangan optimasi. Di mana pengeluar menfokuskan hasil gambar yang cepat berbanding optimasi berat fail. Sebab itulah, peranti mercu terkini seperti Mate 30, iPhone 11, Pixel 4 dilengkapi dengan cip pemprosesan asing yang khusus untuk penghasilan gambar.

Jadi, apakah penyelesaiannya untuk peranti lain yang biasye-biasye ni ? Jom, langkah-langkah menjimatkan storan telefon pintar dari gambar.

Baca juga :  Cara Main Game PSP Di Android | PPSSPP Emulator (MUDAH JE)

1. Compress Image

Compress atau istilah shrink dalam bahasa Malaysianya adalah memampatkan atau mengecutkan. Ini bermakna, saiz fail yang berat boleh dimampatkan sehingga menjadi kecil – seperti perisian WinRAR dan seumpamanya. Okay, itu adalah pengenalannya.

Pada gambar, sesebuah aplikasi akan memampatkan pixel-pixel untuk membuatkannya ia lebih ringan. Jangan risau, selalunya ia adalah pemampatan yang ‘lossless’ di mana tiada perubahan kualiti pada mata kasar. Ini bermaksud, kita tidak akan perasan pada perubahan kualiti pada mata kita, melainkan anda zum masuk sehingga 7 kaki ke dalam dan 7 kaki lebar. Hal ini kerana pixel-pixel berdekatan telah digabungkan.

Untuk melakukan tugas tersebut, kami mencadangkan anda menggunakan aplikasi Photo Compress & Resize dari Lit Photo yang mempunyai 5 bintang dari 43’000 pengguna.

    Baca juga :  Lenovo Bakal Buat 'Comeback', smartphone hadir cecair penyejuk setaraf PC

    Melalui aplikasi tersebut, dengan mudahnya anda boleh menimatkan storan telefon anda. Daripada imej bersaiz 5MB ia boleh turun kepada 1.5MB jika mengekalkan 100% kualiti asalnya. Untuk hasil yang lebih memuaskan, gambar-gambar terdahulu anda boleh tetapkan pada kualiti 90% untuk saiz yang jauh lebih ringan.

    Google Play Store: Photo Compress & Resize

    2. Google Photos

    Gambar-gambar yang tidak begitu penting anda boleh pertimbangkan untuk campak ke storan-awan seperti Google Photos. Apa yang menariknya, ia adalah percuma untuk digunakan dan sesuai untuk kita semua. Dengan aplikasi tersebut, anda boleh pilih gambar yang ingin dicampak dan dengan mudah pindahkannya ke storan-awan. Untuk penjelasan yang lebih terperinci, anda boleh baca artikel Google Photos: Storan Awan Percuma.

    Baca juga :  Kalibrasi Bateri Penyelesaian Masalah Bateri Cepat Mati

    3. Gunakan Telefon Pintar Yang Bagus

    Seperti yang dikatakan sebelum ini, lensa megapixel yang tinggi akan menghasilkan gambar yang bersaiz tinggi dan bukannya pada kualitinya. Ramai orang yang salah anggapan tentang itu. Sebenarnya, perisian kamera itu lebih penting untuk menghasilkan hasil warna yang menyerlah, hidup dan tepat.

    Peranti dengan megapixel tinggi ini adalah gimik sahaja, tahu-tahu hasilnya muka ada manis. Sebab itulah orang bernama Afiq suka pakai OPPO dan Vivo. Jika nak dibandingkan dengan Pixel dan iPhone, mereka mementingkan kualiti lensa dan kecemerlangan perisian kamera walaupun hanya berbekalkan lensa 12MP sahaja.

    Back to top button

    Adblock Detected

    Please consider supporting us by disabling your ad blocker