Berita Teknologi

Selepas Ini: iPhone 9 atau iPhone SE2 ?

Apple sedia menawarkan peranti yang lebih mesra-dompet

Sememangnya bila bercakap mengenai produk Apple pada masa kini, ia pastinya dijual pada harga yang tinggi. Walaubagaimanapun, Apple dilaporkan akan mengeluarkan peranti baharu yang tidak terlalu mahal pada masa akan datang, menerusi iPhone 9, iaitu yang dikenali sebagai iPhone SE generasi kedua.

iPhone 9 ini dipercayai mempunyai reka bentuk seperti iPhone 8 iaitu bersaiz 4.7″ dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple A13 terbaru. Telefon ini akan menggunakan teknologi TouchID berbanding FaceID. Selain itu, ia akan hadir dengan 3GB RAM dan pilihan storan dalaman 64GB atau 128GB.

Banyak laporan mempercayai bahawa peranti ini akan mula dijual pada harga $399 USD. Jika memasuki pasaran Malaysia, harganya pasti tidak melebihi RM2000.

 

Baca juga :  Jenama Motorola kian lesap, namun kuasa besar di Amerika Latin

 

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker