Apa Itu ?

China Membangunkan UOS – Sistem Operasi Alternatif Windows

China yang terkenal dengan persekitaran persendirian sedang menghasilkan sistem operasi komputer baharu

Negara China seperti di dunia mereka sendiri dan asing. Tidak menggunakan Facebook, WhatsApp dan Twitter. Sebaliknya, mereka menggunakan alternatif produk Barat dengan menghasilkan produk mereka sendiri seperti WeChat dan Weibo.

Terbaru, untuk mencapai status bebas produk Barat, nampaknya mereka telah membangunkan sebuah sistem operasi komputer untuk menggantikan Windows atau Linux lain.

Dua buah firma pembangun perisian di China, Deepin dan China Electronics Corporation telah bekerjasama dalam membangunkan sebuah sistem operasi baharu yang dikenali sebagai UOSUnified Operating System. Usaha ini juga telah mendapat sokongan kerajaan mereka.

Unified Operating System

UOS nampaknya sebuah sistem operasi komputer yang menggabungkan rekaan dari pelbagai sistem operasi sedia ada. Rekaan sistem operasi ini rasanya diilhamkan oleh Windows, Mac OS, Android dan Ubuntu/Linux. Macam biasa, made in China.

Sebahagian besar sistem operasi ini nampak seperti Deepin OS, iaitu sebuah sistem yang dicipta pada 2004 dalam sistem operasi Linux. Deepin juga terkenal di China setelah Huawei dilarang menggunakan Windows.

Baca juga :  Android Q Beta 3 - Sudahkah anda bersedia ?

    Kerajaan China optimis dalam beberapa tahun lagi mereka tidak akan lagi bergantung kepada produk luaran dalam pentadbiran mereka seperti Windows, software dan hardware.

    Back to top button

    Adblock Detected

    Please consider supporting us by disabling your ad blocker