Lain-Lain

YouTube Premium Student Bermula RM6.90/Bulan Sahaja

Kini pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan langganan yang lebih berbaloi

Seperti yang kita tahu, Google telah membawa masuk YouTube Premium dan YouTube Music Premium ke Malaysia. Ketika ini, ia mengenakan bayaran sejumlah RM17.90 sebulan bagi YouTube Premium manakala RM14.90 untuk YouTube Music Premium sahaja.

Jangan pening, pakej YouTube Premium RM17.90 sebulan memang sudah termasuk YouTube Music Premium di samping membolehkan anda melayan video/filem di YouTube tanpa iklan.

Adakah ia mahal? Jika anda seorang pelajar, ia adalah mahal. Tetapi, Google juga menawarkan pakej khas untuk pelajar:

  • YouTube Music Premium – RM6.90/bulan
  • YouTube Premium – RM10.90/bulan

Dengan pelan Premium, anda boleh menonton mana-mana video di YouTube tanpa iklan, membolehkan anda untuk memuat turun dan memainkan video pada background tanpa sekatan.

Untuk melanggan dengan harga pelajar, anda dikehendaki untuk mengesahkan identiti pada setiap tahun.

Baca juga :  Cara Membersihkan Sampah (Junk File) Di Komputer/Laptop Anda

YouTube Premium YouTube Music Premium

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker