Berita Teknologi

Telefon ‘High-End Gaming’ Termurah – Realme X2 Pro, Bakal Mendarat di Malaysia

realme X2 Pro baru saja mendapat kelulusan SIRIM, dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu

Realme baru sahaja melancarkan realme XT pada bulan lalu secara rasmi di Malaysia. Kini, nampaknya mereka akan melancarkan realme X2 Pro pula dalam waktu terdekat, mungkin mengambil masa dalam beberapa minggu akan datang. Realme X2 Pro dengan model RMX1931 baru sahaja mendapat kelulusan SIRIM dan mereka layak untuk mula menjual peranti baharu mereka.

Apa yang menariknya, Realme X2 Pro ini dikatakan telefon gaming termurah dalam kategori high-end. Hal ini kerana ia hadir dengan spesifikasi dalaman yang berkuasa yang setaraf dengan pengeluar besar lain tetapi pada harga yang berbaloi. Jom kita lihat serba sedikit spesifikasi utama realme X2 Pro.

  • Paparan jenis Super-AMOLED
  • Dijana oleh Snapdragon 855+ dari Qualcomm
  • Storan RAM dari 6GB hingga 12GB
  • Storan dalaman dari 64GB hingga 256GB UFS 3.0
  • Stereo speaker dengan Dolby Atmos
  • Kapasiti bateri sebesar 4000mAh
  • Teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 50W
  • Kamera hadapan 16MP
  • Quad-kamera utama : 64MP/13MP/8MP/2MP
Baca juga :  Tahukah anda bahawa Apple pernah disaman beberapa kali?

Dengan melihat spesifikasi utama tersebut, kita boleh nampak betapa gahnya kuasa yang dimilikinya. Pengalaman bermain game pada definisi tertinggi pastinya lancar dan sempurna tanpa halangan. Dalam erti ringkas, senang je tepon ni nak tapau PUBGM !

Namun, soalan pertama yang ada pada otak kita adalah “Berapakah harganya?”. Di China melalui AliExpress, ia mula dengan harga USD $408 (~RM1 700). Apa yang kita boleh yakin adalah telefon ini pastinya dijual pada harga di bawah RM2000 apabila dilancarkan pada masa akan datang. Untuk harga tersebut, Realme X2 Pro pastinya mendapat sambutan di kalangan gamer kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami