Lain-Lain

Peranti Sony Xperia Yang Akan Menerima Android 10

Bersedialah untuk kemaskini telefon Sony anda !

Google telah perkenalkan Android 10, dan anda mungkin tertanya-tanya bilakah kemaskini Android akan tiba di peranti Xperia anda. Pemilik Xperia 1, dan Xperia 5 yang terawal untuk menerima kemaskini Android 10 pada bulan Disember nanti.

Selain itu, peranti berikut akan menerima kemaskini terbaru seawal suku tahun pertama 2020:

  • Xperia 10
  • Xperia 10 Plus
  • Xperia XZ2
  • Xperia XZ2 Compact
  • Xperia XZ2 Premium
  • Xperia XZ3

Buat masa ini, Sony hanya menyenaraikan peranti itu sahaja. Jika anda menggunakan siri Xperia XZ1, nampaknya anda tidak akan menerima kemaskini Android 10.

Baca juga :  HAMPIR TAMAT ! Promosi Realme C2 pada Harga RM299 (NP: RM499) !
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker