Lain-Lain

PDRM Tidak Berhak Untuk Merampas Telefon Pintar Milik Orang Awam

Pengumuman dijelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri

Memang banyak kekeliruan terhadap isu rampasan telefon pintar milik orang awam oleh pihak PDRM seperti yang telah disiarkan oleh pihak media. Tidak kurang Datuk Mohd Azis, Timbalan Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa PDRM mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon pintar milik orang awam. Sebenarnya, ia adalah satu jawapan yang tidak tepat.

Berhubung kekeliruan yang timbul, Kementerian Dalam Negeri melalui Twitter telah menjelaskan berkaitan isu PDRM mempunyai hak menyemak telefon bimbit orang awam pada 19 November 2019.

“Pihak PDRM hanya boleh meminta atau merampas telefon bimbit milik orang yang disyaki dan terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan, dan bukan orang awam secara rambang”.

Jika mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan kesalahan jenayah berkaitan undang-undang berikut, barulah telefon pintar mereka boleh diperiksa:

  • Kanun Keseksaan (Akta 574)
  • Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)
  • Akta Hasutan 1948 (Akta 15)
  • Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747)
  • Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)
  • Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Akta 769)
Baca juga :  Mampu Milik ! Netflix Mobile Pada Harga RM17/Bulan

Jelas sekali, pihak PDRM tidak boleh sesuka hati untuk merampas mana-mana telefon pintar milik orang awam secara rambang. Jika anda salah laku berkaitan perkara ini, orang awam boleh membuat aduan ke Cawangan Pengurusan Aduan, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, PDRM: 1-800-880-222 atau emel ke [email protected]

 

 

 

 

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker