Lain-Lain

NUR Alert Akan Dihebah Melalui SMS – Usaha oleh SKMM dan PDRM

Untuk mencari kanak-kanak yang hilang

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat pengumuman bahawa mereka telah mencapai kata persetujuan dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia untuk membuat hebahan melalui pesanan ringkas SMS kepada para pengguna bagi mencari kanak-kana yang hilang.

National Urgent Response (NUR) Alert adalah satu amaran dan hebahan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang mempunyai tujuan mencari kanak-kanak yang hilang berumur 12-tahun ke bawah bagi melindungi mereka daripada keganasan, eksploitasi dan penyeksaan.

Kanak-kanak yang hilang lazimnya diculik dan akan dibunuh demi organ dalaman yang berharga untuk dijual. Untuk mengelakkan aktiviti kejam tersebut, NUR Alert akan dihebah secara besar-besaran untuk menyelamatkan kanak-kanak ini.

Baca juga :  20 Root Apps Terbaik 2018 (Terbaru)

Dengan kerjamasama antara SKMM, PDRM dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi, NUR Alert akan disebarkan secara pantas melalui MMS atau SMS kepada para pengguna supaya kanak-kanak yang hilang dapat dikesan dengan pantas. Untuk maklumat, penerima SMS tidak akan dikenakan sebarang cas dan sebagainya apabila menerima NUR Alert.

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker